Hi...bersua kembali...
Lama juga tinggalkan blog. Maklum aja belum ada cerita yang nak di kongsi. Anyway...kali ni saya akan kongsikan pengalaman pertama saya mengunjungi (tour trip) negara luar. Bukannya jauh sangat, negara jiran juga...Philipines. Pendek kata ...Manila.
Berbekalkan tiket promo AirAsia estimated RM300 return ticket yang ditempah online sebulan sebelum penerbangan, saya bersama seorang rakan terbang lah ke Philippines melalui airport BKI-DMIA(Diosdado Macapagal International Airport Clark Phillipines) pada 12hb Oktober 2012. Terpahatlah pengalaman pertama saya mengunjungi negara luar. Teruja juga....memang teruja pun. Thanks kepada kawan saya kerana mengajak. Jika tidak...tak sampai juga.....maklum aja...berkira sangat ni he he he he...
 |
| Clark Airport |
 |
| Control Tower Clark Airport |
Seminggu sebelum keberangkatan tu...seperti biasa , kenalah buat pasport antarabangsa. Bayarannya...RM100 untuk tempoh 2 tahun, RM300 untuk tempoh 5 tahun. Saya mengambil tempoh 2 tahun saja. Bayaran untuk 5 tahun dah pun turun RM150 (thanks kepada budget). Satu hal berkenaan pasport ni, kena maklum bahawa pasport hanya sah dalam tempoh 1 tahun dan 6 bulan bagi yang memilih tempoh 2 tahun. Maknanya, sebelum tempoh 6 bulan terakhir, harus diperbaharui lagi jika ada hasrat berkunjung ke negara lain.
Penggunaan International untuk ATM Card juga hendaklah diaktifkan. Ada 2 pilihan samada temporary atau permanent. Mudah saja, pergi ke mesin ATM bank anda, dan cari lah menu yang berkenaan. Dalam tempoh 2 minit boleh selesai. Selain itu, kenalah buat pertukaran currency dengan matawang negara yang anda akan kunjungi nanti. Tak perlu banyak, cukup untuk keperluan penerbangan dan tambang teksi bila sampai di destinasi yang di tuju. Sampai sana, jika tak cukup, keluarkan saja melalui ATM. Pengeluaran ATM International akan di charge P200 setiap kali pengeluaran. Pastikan bank ATM anda mempunyai wang yang cukup untuk melancong.
Info-info diatas tu, bolehlah jadi panduan kepada mereka yang pertama kali melawat negara luar. Berkongsi info katakan....Bagi mereka yang dah berkali-kali ke luar negara tu...abaikan saja lah info di atas ni...."dulu lagi kamurang makan garam" he he he he...
12/10/2012
 |
| Pemandangan sawah Padi |
 |
| Jeepney |
 |
| Pemandangan dari Clark Imperial Hotel |
Okai na....berbekalkan cash-in hand matawang Peso10,000 (RM750 pada ketika ini, kadar tukaran Peso ialah 0.075, maknanya RM1 bersamaan dengan P13.33) kami pun terbang ke Clark (DMIA-Diosdado Macapagal International Airport). Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Clark memakan masa 1.45 minit sahaja. Hanya satu jadual penerbangan sahaja dari KK-Clark iaitu jam 1.55pm. Lebih kurang jam 3.45pm pesawat AirAsia mendarat di DMIA. Di airport, anda dikehendaki untuk mengisi borang Imigresen sebagai declaration. Paling penting, dapatkan MAP untuk rujukan anda selama berada di Manila. Kami terus mengambil teksi ke Clark Imperial Hotel dengan bayaran P500 (RM38). Jarak hotel ni, mungkin dalam 15km dari airport. Hotel ini telah ditempah oleh rakan ku secara online melalui laman AGODA. Rates dalam P1450, standard room. Cuaca agak berjerebu, menyebabkan pemandangan bandar Pampanga, kurang sedap untuk dinikmati. Apa yang jelas ialah, keindahan sawah padi yang begitu luas (rasanya beratus ekar) kelihatan dari udara.
Pada malamnya, kami pergi ke SM Mall untuk meninjau barangan yang dijual disini. SM Mall ialah satu-satunya Shopping Komples terbesar di Angeles Pampanga. Setiap pintu masuknya dijaga oleh pengawal keselamatan yang memastikan beg yang anda bawa masuk adalah selamat dari bahaya (manatau ada bahan letupan kan). Mereka menggunakan alat pengesan (stick Sensor). Rasanya pengawal keselamatan ini adalah mereka yang benar-benar terpilih....tinggi lampai dan bertubuh sasa. Penampilan agak segak dan macho (bukan macam di tempat kita ..yang kurus kerimping dan berumur he he he).
Bila sampai bab makan...memang makanan muslim (halal) sangat sukar di cari. Mereka tidak tahu pun apa itu halal ha ha ha.... Jadi, nasihat kepada rakan-rakan muslim yang bercadang berkunjung ke Philippines, agar membawa makanan tin secukupnya serta roti atau bread yang punya tarikh luput yang masih jauh. Mujurlah rakan muslim saya ni...dah "sediakan payung sebelum hujan"...maklum saja ini kali kedua dia berkunjung di negara ini.
Selepas SM Mall, agak-agak jam 9.30pm, kami marayap di sekitar bandar Angeles Pampanga, just walking distance from our hotel (Clark Imperial Hotel). Ada satu kawasan dikenali sebagai "Walking Street"...rasanya sederetan Pub dan Bar.... Kelihatan gadis-gadis yang berpakaian "membeliakkan mata", ada yang ala-ala Hawaian sambil menari-nari untuk menarik perhatian pelalu lalang menunggu di pinta-pintu Pub masing-masing. Kelihatan ramai juga warga asing "western" yang bersembang2 dengan gadis-gadis (mungkin proses negotiation). Kenderaan memang dilarang melalui kawasan ini, kerana dikhaskan untuk pengunjung pusat hiburan. No camera too. Jika anda mau ambik gambar juga, bersedialah kena keroyok ha ha ha.
Untuk memudahkan anda berhubung dengan rakan, anda haruslah membeli SIM Kad (SMART) berharga P40, dan kupon reloadnya berharga P100. Untuk lebih mudah, minta pekedai untuk bantu anda masukkan dalam HP, untuk mengelak sebarang masalah. Dari segi komunikasi, bukanlah jadi masalah besar, janji anda boleh berbahasa English, biarpun broken English, yang penting maksudnya sampai kepada penerima he he he. Satu perkara yang saya perasan, untuk bercakap English, mesti ditekankan huruf "R", jika tidak, kadang-kadang jadi lain maknanya, atau mereka tidak faham.
13/10/2012
 |
| Dao Bus Terminal (lebih dikenali Dao daripada nama sebenar Mabalacat) |
Seawal jam 5.30am, matahari mula memancarkan sinarnya. Tak lah jauh sangat keadaannya dengan Sabah. Terasa lagi beza masa jika kita di tanah Semenanjung. Jerebu sebelah pagi agak tebal, mengurangkan jarak penglihatan kurang dari 10km. Pemandangan sekitar Pampanga kurang jelas. Saya mengambil breakfast di hotel dengan kos P250. Rakan ku terpaksalah buka makanan tin dan breadnya yang di bawa dari Sabah. Nama-nama menu makanan di hotel ini ala-ala Sepanyol, malahan mereka tidak faham jika kita memesan Fried Noodle. Terpaksa lah ambil je menu diorang.
 |
| Tricycle |
Sekitar jam 9.00am, kami berangkat menuju ke Manila. Dari hotel, kami menumpang kenderaan yang di panggil Tricycle (motorcycle yang diubahsuai untuk muatan seorang penumpang) dengan kadar bayaran P100 satu kenderaan, menuju ke terminal bas Dao (Mabalacat Bus Terminal). Perjalanan mengambil masa 10 hingga 15 minit dari hotel. Terminal Dao adalah terminal bas yang akan pergi ke pelbagai bandar di sekitar Manila. Pastikan anda mengambil bas yang akan menuju bandar Pasay City Manila. Pastikan juga anda memberitahu konduktor bas tentang kawasan hotel tempat anda menginap di bandar Manila, supaya konduktor boleh cadangkan terminal bas yang sepatutnya anda turun.
Perjalanan dari terminal Dao ke Pasay City mengambil masa lebih kurang 2 jam dengan bayaran P150. Saya nasihatkan supaya anda jangan tidur supaya anda boleh menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Maklumlah negara orang ba ni. Konduktor bas menasihati kami supaya turun di Ortigas Bus Station, yang mana berhampiran dengan tempat kami menginap kelak iaitu Greenhill's Elan Hotel. Dari bus station ini, kami mengambil teksi untuk menghantar kami ke hotel tersebut dengan kadar sewa P200. Jarak station bus ini ke hotel ialah lebih kurang 4km.
 |
| Greenhill's Elan Hotel |
Dalam perjalanan ke hotel, kelihatan satu bangunan tinggi tersergam indah, dan dikatakan antara bangunan tertinggi di kawasan Greenhills. Itulah Greenhill's Elan Hotel. Mempunyai ketinggian 36 tingkat. Rakanku telah menempah sebuah bilik Superior Room melalui online di laman AGODA dengan rates P3330. Sesampai di hotel, kami diberikan bilik di tingkat 22. Biliknya agak selesa, bersih dan agak luas, tetapi no wi-fi. Perkhidmatan wi-fi dalam bilik dikenakan charge P60/15minit. Di Manila ni, terdapat banyak channel TV, kalo tak silap dalam 30-40 channel. Channel TV Maria adalah my favourite. Religious channel for Christian. Maklum saja, di Malaysia tidak terdapat channel siaran TV seperti ini.
Agak menarik menginap di tingkat atas ni sebab kelihatan pemandangan Kota Metropolitan Makati Manila tidak jauh dari hotel tersebut. Kedudukannya agak strategik kerana berhampiran dengan Shopping Mall Greenhills Shopping Centre, pusat membeli belah terbesar di Greenhills. Makanan muslim tetap menjadi masalah. Puas juga bertanya mengenai restoran halal, semua pun menggeleng kepala. Restoran biasa pun tidak ada...semuanya Fast Food. Hanya di KFC di kawasan itu, kelihatan beberapa orang muslim (bertudung dan berkopiah) masuk menikmati makanan. Saya di fahamkan bahawa, kawasan ini dikatakan kawasan mewah, itulah sebabnya tidak terdapat restoran biasa seperti yang terdapat di tempat kita.
 |
| View from Greenhills Hotel |
 |
| Makati Metropolitan: View from Greenhills Hotel |
Sebelah malamnya, lebih kurang jam 8.30pm, Kami berkunjung ke Makati dengan menaiki teksi P400. Anda mesti tahu tempat yang di tuju, sebab Makati ni besar, jadi teksi akan tanya Makati sebelah mana. Jadi sebagai panduan, anda bagitau lah driver teksi tu ke Hard Rock Cafe atau Greenbelt Shopping Centre. Greenbelt ni besar, kedudukannya seolah-olah 3 segi, sebab dia ada Greenbelt 1 hingga Greenbelt 5. Greenbelt Squere ni adalah pusat Kota Metropolitan Makati. Bolehlah di samakan dengan Bukit Bintang di Kuala Lumpur. Restoran yang mewah-mewah siap dengan live bandnya, shopping compleks yang serba mewah. Perjalanan ke kawasan Metropolitan ini agak sesak dengan kenderaan. Selepas bersantai-santai di sana sambil meninkmati hidangan live band di restoran Coffee Bean, kami pun balik menaiki teksi dengan kadar bayaran P400. Jam menunjukkan 10 malam.
14/10/2012
Selepas sarapan pagi di KFC (satu-satunya restoran yang dikunjungi oleh pengunjung muslim), kami bergerak ke Mall of Asia yang terletak di Pasay City menaiki teksi dengan kadar bayaran P400. Mall of Asia adalah pusat membeli belah terbesar di Philippines dan ke 4 terbesar di dunia (menurut Forbes Magezine lah). Berdiri sebuah gereja berhadapan dengan sign board Mall of Asia. Sempat juga ambi gambar he he he. Selepas membeli belah, kami pergi ke kaunter penyimpanan barang, untuk menumpangkan barang yang dibeli, kerana kami akan bergerak ke Manila Ocean Park dan kawasan Intramarous. Kawasan Intramarous adalah satu tapak persegi yang mana terdapatnya tapak tapak sejarah yang mebentuk sebahagian kota Manila antaranya ialah Jose Rizal Park yang berhampiran dengan Manila Ocean Park (MOP). Intramorous ini dikatakan pusat ibu kota Manila. Manila Ocean Park adalah akuarium hidup sama seperti Waterworld Langkawi. Bezanya akuarium tunnel di sini lebih panjang berbanding di Langkawi. Yuran masuk untuk overview sahaja tidak termasuk pertunjukan binatang ialah P400 seorang.
 |
| Mall Of Asia |
 |
| Pintu Gerbang Mall of Asia |
Selepas Manila Ocean Park, kami bercadang untuk pergi ke Dataran Fort Santiago di mana terletaknya statue Jose Rizal dalam kawasan Jose Rizal Park, hanya bersebelahan sahaja dengan Manila Ocean Park. Tiba-tiba datanglah si kereta kuda (Beca Manila) mengofferkan diri untuk membawa kami mengelilingi bandar bersejarah Manila dengan bayaran kononnya P250 untuk mengelilingi tapak tersebut yang menurutnya hanya mengambil masa 30 minit. Memandangkan bayaran itu tidak juga berat sangat, kami pun terima lah dengan rela hati. Beca ini pun bawalah kami mengelilingi kota ini sambil menceritakan setiap tapak sejarah yang di lalui. Antaranya ialah, Chinatown, Manila Baywalk, Manila Cathedral, Rizal Park, Post Office Building (macam White House USA), Pallaceo of Garbenor dan banyak lagi yang tidak ku ingat. Kira ok juga dia menerangkan tapak-tapak sejarah ini...boleh lah jadi tour guide. Sedar tak sedar, akhirnya kami sampai di penghujung perjalanan beca, bukan sahaja mengambil masa 30 minit tetapi 2 jam 30 minit. Nah...keluarlah penipuan si Beca Tua itu...tadi yang dikatakan hanya P250...jadi lah P2500. Kononya P250 untuk 30 minit perjalanan. Sempat juga saya bertekak dengan dia tanda tidak setuju dengan penjelasan permulaannya. Nasib baiklah berani juga si kawan ku ni untuk nego bayarannya. Akhirnya bayaran yang dipersetujui P2000 ( lebih kurang RM200 lah) Jadi, nasihat saya kepada rakan-rakan yang bercadang untuk melihat tapak-tapak sejarah Phillipines, jangan tertipu dengan lagak 'tour guide' jalanan ini. Kira ok juga lah, sekurang-kurangnya dapat juga kita meninjau sekeliling pusat Manila ini. Tetapi penjelasan mengenai bayaran itu yang buat kita kesal sangat.
 |
| My friend: Manila Ocean Park |
 |
| Palacio De Garbanador |
 |
| Manila Cathedral |
 |
| Jose Rizal Park |
Dari MOP, kami charter teksi dengan kadar bayaran P550 untuk mengambil barang yang kami tinggalkan di Mall Of Asia, sekaligus menghantar kami ke hotel di Greenhills. Kira ok juga pemandu teksi tu.....friendly .....kalo dapat pemandu yang boleh bertutur english dengan baik...banyaklah yang boleh di bawa cerita. Ada juga pemandu teksi yang tidak boleh bertutur english, faham sikit-sikit lah. Kadang-kadang salah faham juga sebab sebutan yang berbeza dengan penggunaan english di Malaysia. Sesampai saja di hotel.....terasa letih....maklumlah sehari suntuk berjalan mengukur peta pusat Manila he he he.
 |
| Beca Penipu ha ha ha |
 |
| Dataran Fort Santiago |
 |
| Post Office Building (White House Shape) |
15/10/2012
Keberangkatan balik ke Sabah. Jam menujukkan 9.30am. Dari Greenhills Hotel ke Bus Terminal Kubau dengan menaiki teksi bermeter dengan bayaran P120 jaraknya lebih kurang 5.5km dari hotel. Bus Terminal Kubau ini adalah terminal bas untuk ke Angeles Pampanga (Dao Bus Terminal/ Bulacatan Bus Terminal). Memang tidak terdapat papan tanda Kubau, papan tanda yang tertulis adalah Five Star, Bataan dan Dagupan.
 |
| Bus terminal Kubau transit to Angeles Pampanga |
Dari terminal bas ini, kami menaiki bas yang menuju ke Dao Terminal Angeles Pampanga. Dengan bayaran tambang P139, perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sampai di terminal Dao sekitar jam 11.30am, kami menaiki tricycle untuk pergi ke SM Mall Pampanga untuk shopping terakhir sementara menunggu masa flight jan 4.00pm. Di station Dao ini, agak sukar untuk mendapatkan teksi, adapun Jeepney, tapi masalahnya ialah kita tidak tahu laluan Jeepney ini. Kenderaan ini seperti bas berhenti-henti di Sabah. Oleh kerana tidak ada pilihan, kami terpaksa menaiki Tricycle dengan bayaran P160. Memang tidak selesa dengan beg yang besar. Alahaiii....apa boleh buat.
Dari SM Mall Pampanga, sekitar jam 1.30pm, kami bergerak ke airport DMIA dengan menaiki teksi sapu dengan bayaran P350. Sesampai di airport, buat pemeriksaan keselamatan oleh kakitangan airport (macam MAB Security), screening baggasi. Harus dingat, sebarang cecair yang mencurigakan termasuk alkohol adalah dilarang. Selepas check-in, isi borang deklarasi Airport Security dan membuat bayaran Cukai Airport P480 untuk penumpang antarabangsa, P150 untuk penumpang tempatan. Selepas itu, disusuli pemeriksaan Imigresen. Selepas Imigresen, sekali lagi pemeriksaan Airport Security, screening bagasi termasuk kasut. Kasut harus ditanggalkan dan diletakkan dalam mesin pengimbas (screning Bagasi).
 |
| Phillippines Airlines he he he |
 |
Plate Kereta Phillippines
|
 |
Harga Petrol : Lebih mahal dari negara kita
|
Secara keseluruhannya, anda tidak akan rasa terasing apabila berada di Manila kerana rupa mereka lebih kurang rupa-rupa orang Sabah. Bila anda bercakap english , baru lah mereka sedar bahawa anda adalah pelancong dari Malaysia. Apabila berkomunikasi dalam bahasa english, haruslah ditekankan penggunaan "R". Kalo tidak adakalanya lain jadi maknanya. Berani bertanya, terutama melancong sendirian tanpa guide.
Dari segi makanan, memang masalah besar bagi yang muslim. Jika anda tanyakan restoran halal, makna HALAL itu sendiri pun meraka tidak faham. Saya difahamkan bahawa kawasan Quipo City barulah terdapat restoran Halal. Its a muslim community area. Oleh itu bagi yang beragama islam, kena lah bawa makanan dalam tin dari tempat anda untuk bekalan selama anda berada di Phillippines. Kedai-kedai makan yang biasa terdapat di tempat kita pun sukar diperolehi, kebanyakannya FastFood seperti Jolliby, KFC, Kenny Rogers Italian Food dan lain-lain lah ala-ala America.
Dari segi harga barangan, harganya tidak juga murah seperti yang disangkakan. Atau mungkin ada di tempat lain yang harganya murah berbanding di Sabah. Menurut penilaian saya, harganya standard sama seperti di negara kita. Tapi jika tujuan anda melancong adalah untuk bershopping tanpa mengira harga barangan, mungkin satu tempat yang sesuai memandangkan shopping mall di sana memang besar-besar, boleh sesat jadinya apabila anda berada di dalam.
Dari segi perancangan landscape bandaraya, banyak yang perlu diperbaiki. Kebanyakannya tidak terancang. Banyak bahagian yang tidak sedap di pandang, termasuklah dari segi kebersihan bandar.
Toleransi penduduknya sangat baik. Walaupun kebanyakan jalan di bandar tidak mempunyai lampu isyarat, namun jarang anda mendengar bunyi hon. Walau dalam keadaan sesak jalan, para pemandu masih boleh meneruskan perjalanan tanpa ada konflik sesama pemandu. Rata-rata penduduknya friendly, sama seperti di Sabah.
Kesimpulan. Phillipines bukanlah pilihan utama untuk melancong. Sekadar untuk melihat dengan mata kepala sendiri negara orang ni, bolehlah di terima. Untuk berhibur...tatap numbur satu juga ha ha ha.....terutama LALAKE. Nasihat kepada rakan rakan lelaki saya....apabila berada di Manila...ingat-ingat lah anak bini di rumah. Jangan sampai terpelanting jauh kah kah kah. Secara ratingnya lah...bolehlah 6.5%. Ini Pandangan peribadi saya. Mungkin juga ada tempat-tempat tertentu yang sememangnya punya daya tarikan yang menarik. Walau bagaimana pun, untuk rombongan Gereja...ia adalah pilihan pertama di Asia. Hampir semua gerejanya cantik-cantik belaka.
MABUHAY...Phillippinas.
 |
| Its me he he he |
No comments:
Post a Comment