Friday, December 13, 2013

Memory bersama mama kembali lagi...

Christmas tidak lama lagi akan menjelang tiba. Memory terhadap mama sekali lagi menjengguk ku. Kali ini agak berbeda...memory itu terlalu kuat sehingga menggangu lenaku tatkala subuh menjelma. Memory itu tidak mampu lagi menyembunyikan perasaan sayu, apa tidaknya, tatkala semua adik beradik berada dibumi yang sama. Namun ..hakikat perlu diterima...air mata mengalir deraspun tidak akan memungkinkan mama untuk mewarnai kehidupan kami lagi. Memori akan terus jadi memori untuk selama-lamanya.

Tanggal 25 December 2010...masih segar dalam ingatan. Inilah kali terakhir mama merayakan Christmas bersama kami. Perayaan yang disambut bersama-sama dengan "Fullmoon" cucu mama. Dalam keadaan mama yang lemah, tidak lagi mampu berdiri, hanya mampu menjeling tetamu yang hadir dari kamar keramat mama, dan menyambut salam Krismas para tetamu yang tidak putus putus memberi semangat kepada mama. Dalam keadaan mama yang lemah, mama sempat mendodoi cucu mama yang genap berusia sebulan waktu itu. Itulah cucu mama...Evana......genap 3 tahun sekarang. Cukup nakal. Macam anak ayam terlepas kandang. Sayu.....memang sayu terkenangkan mama.

Saya tidak menafikan...saya bukan anak yang baik. Bergaduh dan bertengkar dengan mama, memang pernah berlaku. Itu memang tidak dinafikan. Tapi itukan warna kehidupan berkeluarga. Tabiklah pada keluarga yang tidak pernah berkrisis. Namun jauh disudut hati, untuk tidak menyakiti hati mama. Mama tetap mama mithali dihati kami, walau bagaimana keadaan mama sekalipun. Tiada sesiapa yang boleh mengubah pendirian itu.

Sayu dan sedih...bila melihat mama orang lain yang sebaya dengan mama, masih bersama-sama dalam kehidupan mereka. Tergambar juga..bagaimanakah keadaan mama dalam usia sekarang, di samping cucu-cucu mama yang sudah besar panjang. Apalagi dengan kehadiran cicit pertama mama yang tidak sempat melihat poponya. Kesian si Kathy. Sayu kan. Kesayuan ini makin parah apabila berjumpa dengan orang -orang yang rapat dengan mama. Moing Silan....Mama Monggorok...antara nenek dan antie yang rapat dengan mama ketika mama masih ada. Begitu juga dengan Moing Osong. Dalam keadaan sedih...saya melihat wajah mama di wajah orang-orang tua ini. Sebak bila terkenangkan mama.

Tanpa ku sedar...mama selalu menyapa ku. Mama selalu menghadirkan diri lewat mimpi mimpi ku. Apakah mama ingin berbicara dengan anak bongsu lelaki mu ini....ha ha ha perasan kan. Terdetik dihati...mungkin mama ingin mengetahui perjalanan hidup kami setelah ketiadaan mama. Ya...memang ada sesuatu yang ingin saya maklumkan kepada mama. Harta peninggalan mama baru sahaja selesai kami bahagi-bahagikan secara adil menurut tuntutan mama. Mama bilang...sekeping roti itu, mesti mau bahagi sama rata, supaya semua dapat makan. Jangan risau mama...kami akan baik-baik saja. Percayalah. Mama telah mendidik kami untuk saling hormat antara satu sama lain. Adakalanya..memang berkrisis...tapi seperti yang saya katakan...itu adalah warna kehidupan dalam berkeluarga. Satu perkara lagi yang ingin saya maklumkan sama mama...."Rumah" keramat mama telah pun kami bina. Tersergam indah menurut pandangan kami. "Rumah" inilah yang akan kami kunjungi setiap kali "All Soul Day" tiba.

Kini hampir genap 4 tahun mama meninggalkan kami. Kami doakan mama bahagia didalam kehidupan yang dijanjikan Tuhan. Jasad memang akan berpisah ...tetapi memory akan terus hidup tersemai selama lamanya. Kenangan ini terlau sayu untuk menerpa di benak fikiran. Tidak mampu ku menahan air mata mengalir.

Gambar gambar kenangan ini sahaja yang menjadi hiburan...tatkala memori itu menggamit
.....gambar ini diambil pada 25 Dec 2010.




Evana 1 bulan: Dalam dakapan mama.