Tanpa perancangan ke destinasi sebenar, sekadar pengisian cuti hujung minggu yang kebetulan agak panjang kali ni, maka terlaksanalah percutian ke negeri Johor Darul Takzim....Johor Bharu. Berikut adalah tentatifnya ha ha....
07/10/2022 (Jumaat)....
Sekitar jam 6.00 petang, memulakan perjalanan dari Taman Salak Perdana Sepang Selangor, bersama dengan teman sejati yang turut berkongsi minat yang sama di Malaya ni Max anak buah, menyelusuri lebuhraya Utara Selatan......
Perjalanan memakan masa kira-kira 3 jam 30 minit...iaitu sejauh 303km. Dalam keadaan cuaca yang kurang baik, hujan onn off (-RA...RA....-RA ha ha), perjalanan diteruskan juga. Sudah pastinya perjalanan dimulai dengan doa agar perjalanan selamat hingga ke destinasi.
Perjalanan agak smooth, terasa seronok memandu di lebuhraya, dengan keadaan lebuhraya yang agak lurus dengan cuba mengekalkan kelajuan secara purata 120km/hour. Sesekali berdepan dengan kesesakan jalan raya yang entah apa penyebabnya....keadaan jalan yang agak gelap disebabkan ketiadaan kemudahan lampu jalan. Agak malang, ada pengguna lebuhraya yang terlibat dalam kemalangan tragis, melibatkan sebuah lori ....RIP.
Singgah sebentar merehatkan diri di Hentian Pagoh...iaitu di KM 135.. Sekadar mengalas perut untuk memulihkan tenaga.
Sekitar jam 11.30 malam, kami sampai di penginapan H Hotel....budget hotel untuk pengembara.
08/10/2022 (Sabtu)...
Memulakan aktiviti sekitar jam 9.30 pagi. Selesai sarapan, kami terus menuju ke destinasi yang telah di rancang......banyak dalam senarai....malangnya sebahagian masih ditutup. Antaranya ialah...
Skyscape Johor Bharu......Bukan saja ditutup, tetapi dari panduan google maps, jalan menuju ke destinasi sangat sesak. maklumlah terletak di tengah kota. Jarak ke destinasi dari hotel hanya dalam 13km, tetapi disebabkan kesesakan jalan raya, masa diperlukan adalah hampir 1 jam. So cansel destinasi ni. Teringin ke Skyscape ini kerana dikatakan antara lokasi tarikan pelancong di Johor Bharu. Sebuah jambatan kaca di ketinggian 146m, dan boleh meninjau pemandangan bandar Johor Bharu dan Negara Singgapore.
Dataran Johor Darul Takzim.....kebetulan hari tersebut adalah Hari Sukan Negara, so Johor tidak terkecuali dalam menjayakan karnival sukan. So kami just minggling around di kawasan tersebut.
Danga Bay Park.....Pun salah satu tempat tarikan pelancong di JB. Jarak dari hotel penginapan lebih kurang 8km....14 minutes drive.....malangnya sesampai di sini, kawasan tersebut seolah olah abandoned place....mungkin kesan MCO 2 tahun lepas. Sayang sekali. Kalo merujuk kepada rekod google, tempat ini penuh dengan acara hiburan, seperti fun fair, mini zoo dan memang tumpuan pelancong suatu ketika dulu. Di sini juga kita sepatutnya dapat menyaksikan Negara Singapore di seberang selat Tebrau.Berhampiran dengan Danga Bay Park, terletak pintu masuk laluan ke kediaman rasmi TMJ. Mengambil kesempatan untuk potretkan kenangan.....sah samapi ke Johor Bharu.
Jam 11.15 pagi....meneruskan perjalanan ke Legoland Malaysia. Merupakan mercu tanda negeri Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 17 minute (18km) dari Danga Bay. Legoland antara tempat tarikan pelancong yang masih hidup. Ramai pengunjung ,walaupun kos bayaran masuk agak mahal, namun kerana aktiviti hiburan yang amat menyeronokkan, memang berbaloi dengan bayaran masuk.
Jam 1.30 petang....balik ke hotel....singgah di Ming Seng Kopitiam untuk makan tengahari. Balik ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri. Sebelah petang, akan meneruskan aktiviti selanjutnya. Bear in mind, sentiasa ingat kepada Tuhan, di mana jua kita berada, sebagai Kristian, jangan lupa menunaikan tanggungjawab ke gereja . Hasil maklumat dari sepupu yang bertugas di Pontian Johor, Misa Kudus akan bermula jam 4.00 petang di salah sebuat gereja di JB. Maka berjanji lah kami untuk sama-sama ke gereja.
3.00 Petang. bergerak ke gereja St. Mary Immaculate Conception Johor Bharu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 21 minit (16km) dari hotel.
Jam 6.00 petang...selesai sembahyang dan mengambil potret kenangan.....perjalanan diteruskan untuk destinasi seterusnya...Forest City. Kali ni dah bertiga dengan sepupu ...Exwell. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 38 minit (40km) dari gereja.
Mr. Koni, Max dan Exwell......Max anak buah.....anak kepada abang sulung saya... Exwell adalah my 2nd kazen....my mum and his mum 1st kazen ha ha....datuk saya dan neneknya adik beradik ha ha...detail nya....
Harga minuman alkohol yang agak murah berbanding harga pasaran biasa......Duty Free katakan.....
Antara coklat kegemaran....
















































