Sekali lagi...saya memenuhi citarasa melancongku dengan trip Jakarta - Bandung yang diatur oleh seorang teman. Teman ini juga bertindak selaku pemandu pelancong...kerana beliaulah yang mengatur segala galanya termasuklah penerbangan, penginapan, pengangkutan darat dan jadual perjalanan kami ketika berada di Jakarta-Bandung...
Dengan pakej tour special yang diatur oleh teman hanya RM650 untuk 5D 4N (wow murahnyeerrr)...termasuklah tambang penerbangan, hotel dan perkhidmatan pengangkutan Jakarta-Bandung, makanya memijaklah saya tanah Indonesia, bersama dengan 2 lagi teman Mr. Herry dan Mr. Damsul (Tour Guide). Jadilah 3 Teruna Ganteng ha ha ha...
Bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Terminal 2....dengan khidmat syarikat penerbangan tambang murah Airasia Pesawat Indonesia QZ 275 jam 10.10am...kami berlepas meninggalkan Kota Kinabalu menuju ke Jakarta. Pesawat dijangka mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta Cengkerang Jakarta tepat jam 11.55am..
Dipendekkan cerita.....kami meneruskan perjalanan terus ke Bandung dengan menaiki teksi dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Teksi dari syarikat Eksekutif Jetliner.....dengan bayaran tambang RP120,000 seorang... Perjalanan darat Jakarta - Bandung memakan masa lebih kurang 3 jam termasuklah problem macet macetnya. Jarak antara Bandaraya Jakarta dan Bandung adalah lebih kurang 200km. Seperti biasa...saya bersengkang mata walaupun dalam keletihan untuk menikmati keindahan panorama sepanjang perjalanan.....mencoba snapshot apa yang patut.....maklum saja lah....kali pertama memijakkan kaki di Indonesia.....bukan seperti teman tu....yang udah 6 kali ke sini.....bolehlah melelapkan mata melayan penatnya......
Panoramanya memang indah...terutama pemandangan sawah padi berteres seolah olah perjalanan menuju ke daerah Tambunan...memang cantik....panorama yang hijau...teringin saja keluarkan kepala untuk menghirup udara.....sesekali diselitkan dengan kelompok perumahan....dalam andaianku kemungkinan perkampungan...perkampungan yang terdiri dari rumah rumah konkrit....sukar untuk melihat rumah papan...
Jam 4.30pm....tibalah kami di hentian teksi Bandung Cihampelas. Terus mengambil teksi lain ke hotel penginapan Golden Flower Hotel dengan tambangnya RP35000.....berhampiran dengan Alun Alun Bandung. Layanan pemandu teksi agak mesra....sempat juga bercoloteh dengan kami berkenaan dengan keadaan jalan yang sesak di tengah tengah kota Bandung. Kebetulan pula..minggu itu, Indonesia merayakan Conference Asean-Africa ke 60 tahun....nah bertambahlah macetnya....bukan sahaja kereta yang bersesak...tetapi juga pengunjung kota Bandung.....lebih kurang 20 minit juga masa diambil untuk ke hotel kami.
Golden Flower Hotel yang ditempah oleh teman... bertaraf 4 bintang...kelihatan agak cantik dan baru....difahamkan berharga RP595,000 satu malam.....keadaan bilik yang luas dan selesa.....
Selepas bersantai dan merehatkan diri....kami memulakan rondaan malam....dengan menaiki teksi RP35,000...menuju ke Trans Studio Bandung....sayang sekali....kunjungan pada waktu malam....suasana tidak dapat dinikmati sepenuhnya...sekadar untuk memenuhi ruang masa untuk hari ketibaan di Bandung... Selepas itu...mengambil kesempatan bersantai di dataran Alun Alun Bandung. Sememangnya dataran ini menjadi tumpuan orang awan, menikmati keindahan malam Kota Bandung....Dataran Alun Alun Bandung ini tepat berhadapan dengan Masjid Bandaraya Kota Bandung...mungkin satu satunya masjid terbesar di Kota Bandung...
Hari ke-2... 18hb April 2015
Awal paginya selepas sarapan di hotel, lebih kurang jam 9.00 pagi...kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Gunung Tangkuban Perahu, dengan menaiki teksi yang telah di tempah khas untuk penjelajahan sepanjang hari (hingga puaslah katakan) dengan bayaran yang diperundingkan oleh personal tour guide Mr. Damsul. Mungkin boleh dikatakan agak murah...RP700,000 (RM200). Awal pagi jalan sudah sesak. Perjalanan ke gunung Tangkuban tidak ubah seperti suasana mendaki bukit ke Kundasang.... deretan gerai menjual buah buahan dan sayur sayuran.... Sesekali terpandang deretan gerai menjual kain panas...baju sejuk...mungkinkah cuaca agak sejuk di kawasan itu..maklum sajalah kami di dalam teksi...
Mengimbas saat saat menikmati sarapan pagi di hotel...hidangan yang menyelerakan...banyak jenis makanan yang disediakan.....termasuklah Nasi Bubur Perang yang dijadikan hidangan pencuci mulut (desert). Almaklum...hotel 4 bintang...ketepikan dulu program weight management ha ha ha
Perjalanan ke Tangkuban Perahu mengambil masa lebih kurang 1 jam..... Sesampai di pintu masuk...kami dikejutkan dengan kadar bayaran masuk yang agak tinggi, RP300,000(RM85) per person...Foreigner Fees... Daripada berpatah balik, kami terpaksa juga mengharungi kadar bayaran yang tinggi. Menurut teman ku yang pernah berkunjung di gunung ini, kadar bayaran sebelumnya hanya RP90,000 (RM25)....
Sesampai di puncak gunung...kawah gunung berapi...inilah lokasi yang dituju..Gunung Tangkuban Perahu...Sejurus keluar dari teksi, kami diserbu oleh beberapa lelaki berpakaian hitam yang berlagak seolah olah pemandu pelancong....siap menawarkan khidmat maklumat pelancongan...menawarkan bantuan fotografi...menawarkan bantuan payung dan pelbagai lagi ragamnya....semua ini merimaskan perasaan untuk menikmati keindahan kawah Tangkuban Perahu...
Tidak dinafikan ..gunung ini menawarkan pemandangan yang unik dan mempersonakan...biarlah gambar gambar yang sempat ku titip menceritakan segalanya......Sesuatu yang unik dan menakjubkan bagi saya....Pokok Batik....tidak melepaskan peluang untuk membelinya sebagai kenangan...
Kami meninggalkan kawah ini setelah menikmati keindahannya dalam masa lebih kurang 1 jam.....singgah di restoran Sunda Lembang untuk mengalas perut....Nasi Ayam Penyet Ala Sunda juga menjadi pilihan....Ayam Tengkorak juga lah ha ha ha.... Sambalnya memang sedap...nyummmmm...
Petangnya...kami singgah di Pasar Baru.....gedung membeli belah di Bandung....Pelbgai barangan dijual di gedung ini...paling banyak ...pakaian...kain batik....boleh jadi pusat memborong di Kota Bandung.....Kain sarung juga ada....macam macam ada....
Malamnya pula kami berkunjung ke Toko Tiga Original Jeans Centre...gedung belanja yang menjual pelbagai pakaian casual berjenama seperti Lives Jeans, Louis....pakaian import. Di khabarkan pakaian berkualiti ini lebih murah dari harga di Malaysia...sempat juga membeli sehelai seluar bermuda Cardinal....Jeans Lives 501 pun harganya RP1,100,000 (lebih kurang RM300 lah )....entahlah...aku pun tak perasan ha ha ha...tapi yang nyata...ketika kami berada di sana...ramai juga pelancong dari Malaysia yang siok membeli belah...berbeg beg lah katakan.....
Setelah letih di Toko Tiga ni...singgah pula di Amanda....pusat penjualan Kek di Kota Bandung....Kek Amanda ni memang famous di Bandung....Di katakan setiap pelawat yang sampai di Kota Bandung tidak akan melepaskan peluang untuk membeli kek sebagai souvenir untuk di bawa pulang....melayang juga RP500,000 hanya kerana Amanda Kek ha ha ha...aku pantang dengan makanan....
Dalam keletihan....perut terasa inginkan sesuatu...makanya singgahlah kami di Restoran Nasi Ayam Penyet Bandung sebelum balik ke hotel. Restoran ini agak laku...ramai pengunjung yang tidak putus putus....walaupun dah tengah malam.....menguap kekenyangan....tambah lagi KGnya...
![]() |
| Pemandangan Menghampiri Lapangan Terbang Jakarta |
![]() |
| Lokasi Menempah Teksi |
![]() |
| Trans Studio Bandung |
![]() |
| Alun Alun Bandung |
![]() |
| Angkut...Kereta Penumpang |
![]() |
| Nasi Pulut Panggang |
![]() |
| Perarakan Bersunat Muslim Sunda |
![]() |
| Kawah Gunung Tangkuban Perahu |
![]() |
| Saya, Pemandu, Mr. Damsul dan Mr. Herry |
![]() |
| Batang Pokok Batik Selepas di kupas |
![]() |
| Batang Pokok Batik sebelum dikupas |
![]() |
| Produk Batang pokok Batik |
![]() |
| Ayam Penyet...kurus kering nya ayam ni |
![]() |
| Tauhu Goreng |
Tanggal 19hb April 2015 -21hb April 2015
Hari keberangkatan ke Jakarta....kali ni , kami memilih perkhidmatan keretapi ke Jakarta....tepat jam 11.50 pagi keretapi meninggalkan Kota Bandung. Perjalanannya juga mengambil masa 3 jam. Tambang keretapi ni adalah RP120,000...
Sepanjang pejalanan ke Jakarta...tidak dinafikan keindahan pemandangan sawah padi beteres....walaupun di dalam perut keretapi, sempat juga mengambil gambar untuk kenangan....memang sukar untuk melelapkan mata , walaupun masa perjalanan agak lama semata mata untuk menikmati pemandangan perjalanan...maklum ajalah, kita di Kotanya Indon...masakan melepaskan peluang untuk melihat panorama negara mereka...
![]() |
| Stesen Keretapi Bandung |
![]() |
| Mr. Herry |
![]() |
| Sawah Padi Berteres |
Sesampai di Jakarta, Stesen Keretapi Gambir....kami mengambil teksi Blue Bird untuk menghantar kami ke hotel. Tambang lebih kurang RP45,000...dicadangkan mengambil teksi ini sahaja ...kerana dikatakan lebih dipercayai...
Di Jakarta, kita menginap di Favehotel...hotel bertaraf 2 bintang. Hotel ini berhampiran dengan gedung membeli belah Tanah Abang...jaraknya lebih kurang 300 meter dari hotel. Jalan kaki saja. Hotel ini juga tidak jauh dari pusat bandaraya Jakarta...hanya berjalan kaki untuk melihat panorama bandaraya Jakarta. Walaupun bertaraf 2 bintang, namun hotel ini siap dengan package breakfastnya.
Di Jakarta ni, tidak banyak perkara yang boleh dilakukan. Bagi yang bertujuan untuk bershopping...mungkin agak sesuai...Menurut pemerhatian ku, kain batik antara produk yang paling banyak diniagakan. Harganya pun agak murah. Corak yang menarik dan terlalu banyak pilihan. Untuk membeli batik yang berkualiti dan cantik, saya cadangkan untuk berkunjung ke Thamrin City. Hanya menaiki teksi atau Bajai dengan tambang RP25,000 (RM7.00). Barangan yang boleh dijadikan souvenir yang memaparkan nama Jakarta atau Bandung agak sukar diperolehi.
![]() |
| Pusat Membeli belah Tanah Abang |
Pengalaman melancong di Jakarta-Bandung bukanlah sesuatu yang luar biasa. Suasananya lebih kurang negara kita. Jakarta sebuah bandar yang besar sama seperti Kuala Lumpur...bezanya belum ada perkhidmatan LRT....Makanan pula harga agak mahal...sekali makan secara purata harga mencecah RM15.00...terasa sangatlah harganya.
Kepadatan penduduk memang agak ketara...kesesakan jalan raya yang tidak terurus mungkin disebabkan oleh kepadatan penduduk bandar. Kenderaan seolah olah berlumba lumba dijalan raya. Bunyi horn kenderaan sentiasa kedengaran mungkin sebagai syarat untuk berhati hati atau meminta laluan. Walaubagaimanapun, layanan masyarakat tempatan agak mesra. Mereka kebanyakannya friendly.
Jurang kehidupan penduduk juga agak ketara.. ..jelas kelihatan jurang taraf orang berada dan termiskin. Kelihatan pengamen membuat aktiviti di tengah tengah kesesakan jalanraya. Melihatkan keadaan ini, rasa agak bertuah kerana hidup dalam kesempurnaan di negara bertuah Malaysia. Pelbagai aktiviti rakyat tempatan yang mencari rezeki untuk sesuap nasi di kota ini. Saya membayangkan, andaikata penduduk Malaysia juga sepadat kota Bandung dan Jakarta, apakah kerajaan mampu untuk menguruskan sumber agar dapat dikongsi bersama oleh seluruh rakyatnya....
Sekadar ini sahaja pengalaman yang dapat dikongsi...semoga ada rezeki lagi dan dapat melancong ke negara Asia yang lain pula....
























































