Saturday, October 8, 2022

My maiden voyage to Johor Bharu

 Tanpa perancangan ke destinasi sebenar, sekadar pengisian cuti hujung minggu yang kebetulan agak panjang kali ni, maka terlaksanalah percutian ke negeri Johor Darul Takzim....Johor Bharu. Berikut adalah tentatifnya ha ha....

07/10/2022 (Jumaat)....

Sekitar jam 6.00 petang, memulakan perjalanan dari Taman Salak Perdana Sepang Selangor, bersama dengan teman sejati yang turut berkongsi minat yang sama di Malaya ni Max anak buah, menyelusuri lebuhraya Utara Selatan......

Perjalanan memakan masa kira-kira 3 jam 30 minit...iaitu sejauh 303km. Dalam keadaan cuaca yang kurang baik, hujan onn off (-RA...RA....-RA ha ha), perjalanan diteruskan juga. Sudah pastinya perjalanan dimulai dengan doa agar perjalanan selamat hingga ke destinasi.

Perjalanan agak smooth, terasa seronok memandu di lebuhraya, dengan keadaan lebuhraya yang agak lurus dengan cuba mengekalkan kelajuan secara purata 120km/hour. Sesekali berdepan dengan kesesakan jalan raya yang entah apa penyebabnya....keadaan jalan yang agak gelap disebabkan ketiadaan kemudahan lampu jalan. Agak malang, ada pengguna lebuhraya yang terlibat dalam kemalangan tragis, melibatkan sebuah lori ....RIP.

Singgah sebentar merehatkan diri di Hentian Pagoh...iaitu di KM 135.. Sekadar mengalas perut untuk memulihkan tenaga.

Sekitar jam 11.30 malam, kami sampai di penginapan H Hotel....budget hotel untuk pengembara.


08/10/2022 (Sabtu)...

Memulakan aktiviti sekitar jam 9.30 pagi. Selesai sarapan, kami terus menuju ke destinasi yang telah di rancang......banyak dalam senarai....malangnya sebahagian masih ditutup. Antaranya ialah...

Skyscape Johor Bharu......Bukan saja ditutup, tetapi dari panduan google maps, jalan menuju ke destinasi sangat sesak. maklumlah terletak di tengah kota. Jarak ke destinasi dari hotel hanya dalam 13km, tetapi disebabkan kesesakan jalan raya, masa diperlukan adalah hampir 1 jam. So cansel destinasi ni. Teringin ke Skyscape ini kerana dikatakan antara lokasi tarikan pelancong di Johor Bharu. Sebuah jambatan kaca di ketinggian 146m, dan boleh meninjau pemandangan bandar Johor Bharu dan Negara Singgapore.

Dataran Johor Darul Takzim.....kebetulan hari tersebut adalah Hari Sukan Negara, so Johor tidak terkecuali dalam menjayakan karnival sukan. So kami just minggling around di kawasan tersebut.

Danga Bay Park.....Pun salah satu tempat tarikan pelancong di JB. Jarak dari hotel penginapan lebih kurang 8km....14 minutes drive.....malangnya sesampai di sini, kawasan tersebut seolah olah abandoned place....mungkin kesan MCO 2 tahun lepas. Sayang sekali. Kalo merujuk kepada rekod google, tempat ini penuh dengan acara hiburan, seperti fun fair, mini zoo dan memang tumpuan pelancong suatu ketika dulu. Di sini juga kita sepatutnya dapat menyaksikan Negara Singapore di seberang selat Tebrau.

Berhampiran dengan Danga Bay Park, terletak pintu masuk laluan ke kediaman rasmi TMJ. Mengambil kesempatan untuk potretkan kenangan.....sah samapi ke Johor Bharu.












Jam 11.15 pagi....meneruskan perjalanan ke Legoland Malaysia. Merupakan mercu tanda negeri Johor. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 17 minute (18km) dari Danga Bay. Legoland antara tempat tarikan pelancong yang masih hidup. Ramai pengunjung ,walaupun kos bayaran masuk agak mahal, namun kerana aktiviti hiburan yang amat menyeronokkan, memang berbaloi dengan bayaran masuk. 


















Jam 1.30 petang....balik ke hotel....singgah di Ming Seng Kopitiam untuk makan tengahari. Balik ke hotel untuk berehat dan membersihkan diri. Sebelah petang, akan meneruskan aktiviti selanjutnya. Bear in mind, sentiasa ingat kepada Tuhan, di mana jua kita berada, sebagai Kristian, jangan lupa menunaikan tanggungjawab ke gereja . Hasil maklumat dari sepupu yang bertugas di Pontian Johor, Misa Kudus akan bermula jam 4.00 petang di salah sebuat gereja di JB. Maka berjanji lah kami untuk sama-sama ke gereja.  



3.00 Petang. bergerak ke gereja St. Mary Immaculate Conception Johor Bharu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 21 minit (16km) dari hotel.





Jam 6.00 petang...selesai sembahyang dan mengambil potret kenangan.....perjalanan diteruskan untuk destinasi seterusnya...Forest City. Kali ni dah bertiga dengan sepupu ...Exwell. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 38 minit (40km) dari gereja. 


Mr. Koni, Max dan Exwell......Max anak buah.....anak kepada abang sulung saya... Exwell adalah my 2nd kazen....my mum and his mum 1st kazen ha ha....datuk saya dan neneknya adik beradik ha ha...detail nya....




Forest City.....memang menarik. Sepanjang perjalanan menghampiri kawasan Forest City, tertanya-tanya juga, kenapa bangunannya dipenuhi tumbuh tumbuhan seolah olah abandoned area.....tanpa sedar, sesuailah namanya Forest City. Memang landscapenya sengaja di penuhi tumbuh tumbuhan seolah olah dalam hutan ha ha. Dalam bangunan inilah ada jualan barangan Duty Free. Makanan coklat dan minuman beralkohol bebas cukai banyak dijual...memang murah berbanding harga di luar. Untunglah bagi mereka yang suka minum minuman aramai tie. Tapi kena ingat...untuk memasuki kawasan ini, kita terpaksa melalui kawalan pemeriksaan Kastam semasa keluar nanti. Maknanya......untuk membeli barangan duty free, sekadar untuk dinikmati di kawasan perangin ini dan TIDAK boleh dibawa keluar. Kalau kedapatan anda melakukan pembelian untuk di bawa keluar, alamatnya akan dirampaslah ha ha...













Harga minuman alkohol yang agak murah berbanding harga pasaran biasa......Duty Free katakan.....
Antara coklat kegemaran....









Bagi saya, Forest City adalah satu tempat yang menghidangkan pemandangan yang memang cantik. Keadaan pantai yang bersih, dengan pemandangan bangunan-bangunan tinggi di seberang selat Tebrau....saya andaikan mungkin Singapura. Pasti akan bawa keluarga suatu hari nanti.



My lovely potret.






Sunday, August 7, 2022

Selamat Ulangtahun Perkhawinan Ke 18 Tahun


 Selamat Ulangtahun Perkhawinan ke 18 Tahun....



Aug 2004 -Aug 2022

Majlis Pertunangan : 20 Januari 2001 selepas beberapa kali ditunda (menghormati pantang larang KDM).........sepatutnya 20 Januari 2000....tarikh ini masih terpatri pada cincin tunang ku.

Jumlah Hantaran: "RAHSIA BESAR KERAJAAN"😆😆😆

07 August 2004: Sacrament Perkhawinan Di Gereja Katolik St. Edmund Kota Belud.....Resepsi di pihak Perempuan...Kg. Tambulion Ulu Kota Belud

Celebrant by, Rev. Fr. Marcellinus Pongking

08 August 2004:  Resepsi di pihak Lelaki...Kg. Minintod Penampang


Saksi Sacrament Pengantin Lelaki: Mr. Aloysius Thadius

Saksi Sacrament Pengantin Perempuan: Mdm. Dudih Binti Gotit

Pengapit Lelaki: Mr. Herry Anggon

Pengapit Perempuan: Miss Winnie Jarius

 

Panggilan manja pasangan: Oiii😜😜😜

 

Huh....Pejam celik pejam celik usia perkhawinan sudah pun mencecah 18 tahun.  Anak sulung sudahpun berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan terpenting peringkat sekolah menengah tahun ini 2022....SPM. Saya tau...ada rakan-rakan lain yang sebaya saya, yang jauh lebih dulu melalui fasa kehidupan di tahap ini. Namun pengalaman hidup itu pasti berbeza.

Sempena ulangtahun perkhawinan kami yang ke 18 tahun, saya ingin berkongsi perjalanan hidup berumahtangga.....bukan untuk membuka pekung.....tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup sebagai suami isteri...

Saya mulakan kronologi sejak cintan cintun ha ha ......

Pertemuan dan pengenalan......hanya seminggu.....di tempat bertugas.....menjawat jawatan yang sama ketika itu....tentunya saya senior 3 tahun. Saya terima....Jodoh di tangan Tuhan. Walaupun pada masa itu kami masing masing ada orang lain.....tapi....entah mengapa....hati kami terpaut.....kata orang, cinta itu dari mata turun ke hati.....cinta pandang pertama cukup kuat......genap sebulan sahaja.....kami sudah mengikat janji. Mungkin ini yang dikatakan...kalau sudah sampai jodoh, akan terus jadi. Ironinya, kami masing masing melepaskan insan lain yang sudah pun dikenali dan bertaktha lebih lama. Itulah permulaan janji yang mengheret kami hingga ke alam perkhawinan. Saya pasti rakan-rakan sepejabat masih memorise cerita cintan cintun kami.....jadi buah mulut mereka ketika itu.......walaupun kami cuba sedaya upaya untuk menafikan ha ha ha....Kami sebumbung sejawatan hanya dalam tempoh setahun sahaja....dia mendapat peluang kerjaya di jabatan lain pula.

Bah...cerita alam perkhawinan pula....sehingga kini 2022, kami telahpun dikurniakan seramai 5 orang anak yang berusia antara 3 hingga 17 tahun.. 4 perempuan yang comel-comel dan hanya seorang lelaki - bongsu, yang pastinya tampan macam daddy dia nanti ha ha. Terus terang....sepatutnya sudah 7 orang....tetapi nasib kurang baik....keguguran pada tahun 2015 dan 2017. Saya redha.....saya memang mengimpikan ramai anak. Kalau boleh...tiap tiap tahun ada ha ha ha.....




Hidup berumahtangga.....sudah pasti ada gelombangnya. Dan saya percaya gelombang ini mungkin hampir sama dengan pasangan yang lain. Bezanya..... cara kita menangani. Mungkin juga kan.  Ada pasangan yang mengatakan hubungan mereka masih macam dulu masa bercinta...bau kentut masa bercinta masih harum  sampai sekarang....entahlah....tapi kalo benar...makanya saya tabik dengan pasangan itu. Ada yang cakap...diorang tidak pernah bergaduh.....masih belangkas sampai sekarang. Kalo benar....saya tabik spring lah dengan pasangan korang. Tahniah. Kami tiada sudah bahasa cintan cintun....dulu masa baru khawin memanglah ada ha ha.....dulu masa bercinta....masa menunggu satu jam pun bilang baruuu juga ha ha ha.......tapi sekarang bahasa cintan cintun tu macam geli sudah mau pakai bah ha ha ha. Tapi kalo ada pasangan suami isteri diluar sana yang masih guna bahasa cintan cintun.....sangaaat disokong...saya tabik spring sama kamurang. Moga sampai ke hujung usia romantik tu. Tidak menggunakan bahasa cintan cintun tu bukan bermakna tidak sayang bah.....tapi tafsiran dan definasi sayang tu lain sudah kalo sudah lama berkhawin. BERTANGGUNGJAWAB kepada pasangan dan anak-anak itu yang paling MUSTAHAK. Kehidupan diorang adalah kehidupan kau juga. NYAWA DIORANG adalah NYAWA KAU juga. Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa. Itulah tafsiran dia. 

Secara jujur......TANGGUNGJAWAB sebagai suami dan isteri itu SANGAT penting. Bohonglah kalo saya katakan kami tidak pernah bergaduh. Banyak perkara yang perlu dihadapi bersama. Soal kewangan dan hal hal penjagaan anak menjadi isu utama. Kalo dua perkara ini tidak mampu diuruskan...boleh membawa padah. Kadang kadang perkara remeh boleh bawa perselisihan faham. Apa lagi kalo ego menguasai diri. Saya mengambil masa beberapa tahun untuk menghadam makna perkhawinan. Sehinggakan saya merasakan perkhawinan ini adalah satu proses perkenalan seumur hidup. Saya merasakan kita tidak mungkin mengenali pasangan kita 100%. Perkara paling besar yang saya cuba hadam dalam hubungan kami ialah MENERIMA KELEMAHAN PASANGAN. Memang banyak karekter yang baik....tapi biasalah....satu kesilapan akan jadi ukuran untuk memberi imej yang menyeluruh.

Persamaan dan perbezaan karekter .....saya cukup bertuah kerana dianugerahkan pasangan yang cukup humble.....lemah lembut.....sepanjang 18 tahun tidak pernah meninggikan suara terhadap suaminya. Hormat pada suami. Tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat. Kekurangan isteri??? Mesti ada. Biarlah suami saja yang tau. Berbeza dengan saya.....too sensitive....cepat marah....pernah meninggikan suara.....malah pernah menengking....merasakan Im The Boss. Ada perkara yang paling sukar untuk saya terima.......#*#@*#*tulah kekurangan tu. Tapi Biarlah Rahsia.  Sehingga sekarang saya masih belajar dan terpaksa menerima karekter itu. Itulah mungkin karekter yang Tuhan jodohkan dengan saya supaya kami SALING MELENGKAPI antara satu sama lain. Mungkin tidak keterlaluan kalo saya katakan.......dia pun bertuah mendapat suami seperti saya. Saya seorang yang cukup bertanggungjawab. Tidak merokok. Bukan peminum dan pemabuk. Bukan kaki gaduh. Im serious. Saya tau karekter saya ha ha ha.....Hanya 1 dalam 10 mungkin lah ha ha. Pasti karekter idaman isteri-isteri di luar sana kah kah kah. Seriusly....karektor saya yang baik, biarlah isteri dan anak-anak saya yang menilainya. Itulah Kami. Suami isteri yang telah pun melayari bahtera rumahtangga selama 18 tahun setakat ini. 

Saling Percaya. TRUST your spouse. Bila kita percaya pada pasangan kita....nescaya kita lebih aman. Tetapi kalo kita asyik meragui pasangan kita...ini akan menjadi titik pertelingkahan, yang mungkin boleh membawa padah. Bagi saya, selagi suami atau isteri tidak mengabaikan tanggungjawab dia kepada pasangan dan anak anak...selagi itu tiada alasan untuk meraguinya. Sesekali minggling around dengan kawan masing-masing pun ada keperluannya. Tetapi perlu ada batasnya. At least kita masih ada dunia luar....."ME TIME" itu pun ada keperluannya......tapi priority tetap pada keluarga. 

Dark side of our life. Its so subjective. Tidak perlu membebankan minda dengan hal hal yang hanya mungkin satu andaian. Let go all the nonsense. Kadang kadang kita dikhabarkan dengan cerita-cerita di media sosial....akibat keterlaluan mengikuti media sosial masa kini seperti facebook...Instagram.....tiktok dan sebagainya....kita terpengaruh untuk mencari sudut gelap pasangan kita. Kadang-kadang kita mendengar desas-desus mengenai pasangan kita dari mulut orang lain. Letakkan penilaian pada tahap kematangan yang paling tinggi. Jika kita sentap, semua ini akan menjadi faktor perbalahan yang boleh membawa padah. Biarlah Tuhan sahaja yang mengetahuinya.

Harapan saya kepada pasangan diluar sana......pegang TANGGUNGJAWAB anda sebagai suami dan isteri.  Aplikasikan nilai-nilai kemanusiaan agama kita dalam kehidupan seharian. "Kasihilah sesama mu manusia, sebagaimana Bapa mengasihi kamu". Kena sentiasa ingat JANJI KHAWIN di hadapan TUHAN. Terima seadanya kelemahan pasangan kita. Sayangi anak anak. Do Not Spoiled Your Kids With Your Love. Kalo boleh...elakkan meninggikan suara...ELAKKAN menengking. JANGAN sekali kali melibatkan kekerasan fizikal. Lelaki memang egonya tinggi. walaupun bukan semua. Isteri harus belajar merendahkan diri. Belajar menerima suami sebagai ketua keluarga. Itulah dasar kewujudan lelaki dan wanita. Kalo suami itu tidak bertanggungjawab, pandai pandai lah isteri menilai had dan sempadannya. Hal-hal keluarga adalah hal suami, isteri dan anak-anak SAHAJA. Kalo boleh jangan libatkan orang luar. Terus terang....saya takut kepada PERCERAIAN....palis-palis..... Saya juga membesar dalam rumah tangga yang porak peranda....mendiang bapa mama bercakaran.....sehinggalah perceraian terjadi ketika usia saya baru 10 tahun. Kesian anak-anak jadi mangsa. Mungkin kesedihan tidak nampak di wajah diorang. Yang pasti saya telah melalui pengalaman ini. Sehingga sekarang kesannya sangat mendalam. Saya hanya boleh berdoa....agar semua itu dijauhkan dalam kehidupan kita. Hati saya berbisik berdoa.....Tuhan tolong hancurkan keEGOan dalam diri saya...agar saya boleh mengharungi cabaran dalam rumahtangga saya. Saranan terakhir saya untuk semua pasangan suami isteri diluar sana......SAYANGI KELUARGA kita bukan dengan perkataan.....tetapi melalui tindakan. Mother Teressa said....."What can we do to promote  PEACE, go home and LOVE your FAMILY" Senyum selalu...as Mother Teressa said "PEACE begin with a SMILE".

Semoga perkongsian ini membawa manfaat kita bersama. Sayangi Keluarga untuk masa depan generasi kita. SHALLOM

Sekali lagi Selamat Ulang Tahun Perkhawinan untuk isteri Meirry Binti Buntihal dan anak -anak ku, Ara, Eva, Nana, Odi dan Aaron. LOVE you all.