Sunday, September 16, 2012

My mother Canser History

Tetiba rindu pula sama mama.....
Anyway...aku coretkan sedikit kisah peninggalan ketika menjaga mama.........

Mama bersama anak-anaknya...Nonita (adik bongsu) tiada dalam gambar sebab masih di KL


"Mama dengan cucu-cucunya"


Symtom2 ;

 -Pembengkakan di bahagian leher,
-batuk yang berpanjangan,
-sukar menelan makanan (terasa menyangkut di kerongkong),
-Selalu letih, sukar bernafas,
 -terasa lemas....adakalanya degup jantung terlalu cepat...


 30/07/2010
Berjumpa dengan doktor berkenaan dengan bengkak di leher.  X-ray dan kahak di ambil untuk pemeriksaan. Di beri appointment untuk dirujukkan ke bahagian ENT Klinik pada 27/10/2010.

12/10/2010
Keadaan mama semakin lemah dan kelihatan seperti lemas.

13/10/2010
Saya membawa mama ke Klinik Dr. Kissey. Buat CT Scan till upper abdoment (RM600). Findings; Central right upper lobe lung Carcinoma with SVC and upper lobe bronchorascular encasement. Metasis Desease scan in the ipsilateral lung, lymph nodes (hilar-mediastinal and submendibular + celebellum. The findings make me down.

15/10/2010
Saya membawa mama ke klinik Kesihatan Luyang, bawa bersama CT Scan (Radiologist Report) sebagai rujukan kepada doktor di sana. Ambil Xray dan kahak sebagai pemeriksaan lanjutan. Mama terus ditahan untuk dimasukkan ke dalam wad paru-paru di QEH. Ini kes emergency...Ambulance QEH hantar ke Respiratory Ward.

19/20/2010
Doktor menjalankan Flexible Broncoscopy - mendapati tumor totally occluding. (Minor surgical dilakukan pada sebelah pagi). Emergency doktor melakukan Rigid Broncoscopy (pembedahan secara lazer pada tumor di HQE2 Luyang.

21/10/2010
Discharge with final diagnosis: "Lung Cancer With Metasis". Sangat sedih mendengarnya. By the time, Im aware Mama will left us soon. Since then, I explore what exacly this desease thru internet. I join the cancer siciety online to gain as much info from those have experience this dying desease. Really tired.

Di hospital , mama dibekalkan ubat  (bekalan seminggu) sihingga next appointment 27/10/2010
- Amlodipine Besylate 10mg. 1 biji sehari
- Omeprazole Delayed Release Capsule 20gm - 1 biji sehari
- Acarbose Tablets (Ranboxy) 50gm - 1X3 sehari
- Lovastatine 20gm - 1 biji sehari

Medicine for control the cancer cell:
- Dexamethasone 0.5gm - 16 biji sekali makan (3 kali sehari = 48 biji sehari)
- Metformin HCI 500gm - 2 biji sekali makan (3 kali sehari)

Jumlah pil ubat dimakan sehingga dos malam = 68 biji.

27/10/2010
Jumpa doktor untuk dapatkan result biopsy (Rigid Broncoscopy)
Result And Investigation: Broncoscopy Biopsy:
"SMALL CELL CARCINOMA" Extensive Stage.
Doctor said , should have chemotreatment. The patient's survival period only 3 to 4 month.
Doktor pakar referkan mama ke Oncology Clinic (Dr. Sucharit-Pakar Rawatan Kanser di Hospital Likas) untuk Chemotherapy Treatment yang dijadualkan pada 9/11/2010. Keputusan rawatan ini memerlukan perbincangan antara adik-beradik due to the side effect of the treatment. We opted for a caunselling session.

29/10/2010
Hari ini keadaan mama agak lemah, agak sukar berdiri, selalu mengeluh sakit-sakit di bahagian belakang dan belakang pinggang. Saya onn kan ubat B17 (3 biji), Enzime 4 biji dan Taheebo 3 biji. Saya mendapat maklumat ubat ini melalui chatting room di cancer society di internet. Ramai pesakit cancer yg menggunakan suppliment ini. Forum ini adalah forum pesakit cancer dan ahli keluarga mereka yang berpangkalan di US. So saya ingin mencubanya. Conditions while taking this suppliment: patient are advise to avoid meats and unfresh meals. Harga suppliment RM1400 (harga agen di KL). Volin (my army brother) yg menangung kosnya.

Mama muntah-muntah selepas pengambilan suppliment ini. Kerap kali ke tandas (berak), saya dapati BO agak hitam. Keadaan ini merujuk kepada Taheebo, di katakan good sign of suppliment respond.

3/11/2010
Hari ini keadaan mama agak lemah. Metty (my nieces) beli nasi goreng, tapi mama tidak makan sebab tak ngam. Kerap muntah-muntah, saya belikan lauk sayuran dan beli mineral water. Mama asyik mengeluh kesakitan, mungkin akibat kesan suppliment herbs.

Pada petangnya, tekanan darah mama agak rendah. Keadaan mama masih lemah dan sering mengeluh kesakitan seluruh badan. Saya bagi panadol untuk penahan sakit. Meirry (my wife) mengurut badannya, mama tidur seketika tetapi tidak lena.

Jam 7.30 malam, mama dikejarkan ke emergency HQE kerana sesak nafas dan berak-berak oleh Metty dan Meirry. Kebetulan saya night duty. Jam 11.30, wife memaklumkan, mama dah stabil, tapi masih perlu rehat di bilik kecemasan. Jam 1.00 pagi, mama didischarge. Kakak Phet bawa mama pulang ke rumahnya di sukang. Keluarga saya sukar untuk handle mama time ini sebab, wife saya pun mengandung dan tengah menunggu hari untuk bersalin.

04/11/2010
Mama berada di sukang. Saya dimaklumkan, keadaan mama agak ok. Mama bawa pegi tamu Donggongon untuk beli ikan Kolopia. Sempat juga pegi makan soto di Restoran Soto Jawa berdekatan kuil Cina di Donggongon. ( Kalau inda silap, time ini my brother Volin ada balik KK), jadi dioranglah yang bawa mama jalan-jalan. Sebelum pulang semula ke rumah saya di Kepayan.

Di rumah Kepayan. Menjelang malam, keadaan mama down lagi. Mama meminta urut di kaki, katanya dia terasa loya dan asyik mau muntah. Menjelang 11.00 malam, mama asyik mengeluh kesakitan terutama di bahagian dada. Mama kelihatan seperti sukar bernafas. Saya telefon kakak, hantar mama pergi emergency. Mama di tahan untuk di observe. Jam 3.00 pagi , mama didischarge, terus di bawa pulang ke sukang.

05/11/2010
Di Sukang. Kawan-kawan mama dari Kinarut , datang melawat mama,. Uncle Nonoi dan Savo serta kawan-kawan mama yang lain seperti Lucy dan si Santung ada juga bawa kuih pau untuk mama. Yang sedihnya...mama minta di bawa pulang ke Kepayan. Saya cuba untuk pujuk  mama untuk tinggal di Sukang buat sementara waktu, memandangkan wife saya pun menunggu hari untuk bersalin. Bayangkan lah macam mana saya bergerak dalam keadaan begini kan. Namun saya bawa juga mama balik ke Kepayan.

Sy masih ingat kata-kata mama tatkala saya mau pulang ke Kepayan. Saya bagitau mama yang saya mau pulang sudah...tapi mama bagi respon macam ini..."au kodii bo mogovit dogo no muhi!!!? Sebak betul hati saya. Saya idak sanggup meninggalkan dia di Sukang dalam emosi dia begitu. Saya pun bawa dia pulang ke Kepayan. Dalam masa ini pun keadaan mama masih lemah.

Menjelang petang, keadaan mama semakin teruk. Nafas kurang stabil, muntah-muntah dan berak-berak. Mama tidak dapat berdiri sendiri, menggigil dan berpeluh. Suara juga hampir tidak terkeluar. My wife periksa kencing manis dan BP nya, semua agak normal. Saya mengagak, kemungkinan mama kena gastrik. Meirry bagi mama minum air garam. Suruh kakak datang dan beli minuman 100plus dan adults pampers. Jam 3.00 pagi, mama terbangun. Keadaan mama agak stabil. Makan bubur nasi sedikit dan minum air.

06/11/2010
Awal pagi keadaan mama agak baik. Mama cuci sendiri pakaiannya. Makan sedikit bubur nasi. Menjelang tengahari, keadaan mama menjadi lemah, minta urut sama Meirry. Mama mula meraya loya, dan semakin mejadi-jadi. Asyik muntah dan berak.

08/11/2010
Seperti biasa keadaan mama di sebelah pagi agak baik. Menjelang tengahari, perasaan loya mama semakin nampak. Keadaan loya inilah yang menyebabkan mama tak dapat makan apa-apa. Ini termasuklah ubat-ubatannya. Sesekali keadaan ini menyebabkan mama sesak nafas.

Menjelang petang, keadaan mama semakin lemah. Adakalanya keadaan mama buatkan kita panik. Mama asyik mengeluh dan 'migog-tigog'. Sesak nafas mama juga semakin menjadi-jadi.

Jam 10.30 malam, mama terpaksa dikejarkan ke emergency. Di hospital, seperti biasa, dibekalkan Oksigen untuk melegakan pernafasan dan diambil darah untuk diperiksa. Keadaan mama yang tidak stabil menyebabkan mama di tahan di Wad. Kakak DD yang jaga.

09/11/2010
Hari ini sepatutnya berjumpa dengan Dr. Onkologi di hospital Likas. Mama masih ditahan di wad perempuan tingkat 1 bangunan lama. Saya dan kakak pergi ke St. Micheal Church untuk tanya Fr mengenai pengurapan orang sakit. Tetapi semua Fr tiada masa itu kerana menghadiri mesyuarat Paderi. Lepas itu kami terus pergi ke Carmelite Sister memohon supaya mama di bawa ke dalam doa harian diorang. Bagi Carmelite 10kg beras. Saya belikan mama tongkat (RM75) untuk memudahkan pergerakan dia di rumah. Belikan dia makanan tambahan Spirulina Careal (time inilah saya jadi member Elken). Ada juga beberapa produk suppliment yg di beli dari Elken. Inda ingat sudah nama2 produk tu.  Keadaan mama agak ok sepanjang hari ini. Saya berpendapat, mungkin keadaan mama teruk dirumah disebabkan kekurangan garam dalam badan.

10/11/2010
Fr. Jalius respond sms saya dan dia cakap, dia akan check dulu diarinya dan akan menentukan bila dia boleh datang untuk pengurapan. Mama didischarge dari hospital pada tengahari.

Di rumah , keadaan mama agak baik. Rancak bercerita dengan mentua saya dengan suara yang jelas. Jalan pun ok. Keluarga kakak DD dan Phet tidur di rumah malam ini. Keadaan mama sebelah malam pun ok.

11/11/2010
Adik saya c Bonong ( nama kampungan ni, sebab dulu dia suka mindak-tindak) datang dari KL.
Keadaan mama masih ok, walau pun agak sedikit lemah berbanding kelmarin.
Fr. Jalius datang jam 5 petang untuk berikan pengurapan minyak karisma orang sakit.

17/11/2010
Sudah seminggu keadaan mama agak baik. Suara jelas, boleh bercakap dengan baik. Sepupunya dari sukang datang melawat (kalo inda silap, Gambud dan adik beradiknya, Golituk dll).

Sejak 14/11/2010, kami mengupah seseorang untuk menjaga mama di rumah (orang telipuk;dusun).

Hari ini, saya memberanikan diri untuk mengorder suppliment B17 directly from TJ Supply Mexico. B17 500gm (100 tablets) order no.9005911, dengan harga USD84.00 + shipping cost USD30.95. Total USD114.95 (lebih kurang RM352) dengan mempertaruhkan credit card saya. (1st time make online purchase).

18/11/2010
Hari ini keadaan mama agak lemah. Kerap loya dan muntah. Kurang makan. Ubat pun terpaksa termissed. Menjelang malam, keadaan mama semakin teruk. Mama agak sesak nafas dan terpaksa menggunakan bantuan pernafasan oksigen. Keadaan mama masih lagi lemah dan lemas.

19/11/2010
Keadaan mama masih lemas, loya dan asyik muntah. Sebelah pagi , saya membawa seorang pegawai bank CIMB (En. Amir-Api-Api Branch) datang di rumah untuk mengurus tuntutan pencen mama yang terunggak bulan Okt dan Nov2010. (dapatkan cop jari ba ni).

26/11/2010
Hari ini, saya daftarkan mama kepada persatuan Palliatif KK. Palliatif pinjamkan mama kerusi roda dan flexi toilet untuk kemudahannya. Palliatif membantu saya untuk rearrangekan appointment di Onkology yang tertangguh.

27/11/2010
Seramai 3 orang kakitangan Palliatif yang diketuai oleh Pn Misah , datang untuk melawat mama di rumah. Bagi ubat antibiotik (Antibiotic Cefuroxime) dan Urinery Alkalinizer.

29/11/2010
Appointment mama di klinik Onkology Hospital Likas. Saya di temani kakak saya Phet. Dr. Sucharit katakan, hanya rawatan Radioterapi untuk bahagian otak sahaja boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit. Saya dan kakak refused rawatan tersebut (due to the mama condition).

30/11/2010
Seramai 4 orang kakitangan Palliatif datang melawat mama, di temani oleh uncle saya Jinolis (sepupu mama). Pn Misah telah memasang " hos saluran kencing" untuk memudahkan mama buang air kecil. Sebelumnya, mama memang kesakitan apabila buang air kecil.

4/12/2010
Cek tekanan darah mama jam 12.50pm; 130/80. Kadar gula; 9mm

5/12/2010
Jam 9.00 pagi, bagi mama minum jus apple + AOII -produk Elken ( 20 drops). Ini adalah minuman untuk menambahkan kadar oksigen dalam badan.

8/12/2010
Staff Palliatif datang lagi untuk melawat mama. Mereka memasang lagi tiub saluran kencing, memandangkan tiub hari itu telah di buka kerana mengganggu pergerakan mama. Mereka meng-onn kan ubat penenang dan mengurangkan rasa loya. Mereka memaklumkan tentang rancangan mereka untuk memulakan pemberian Morphine Hci. Keadaan mama hari ini agak baik. Mama boleh makan mee dan nasi. Rasa loya dan batuk juga kurang sedikit.

11/12/2010
Jam 2.30 petang, staff Palliatif datang lagi , ditemani oleh Jinolis. Bagi ubat pil tahan muntah, untuk menggantikan dos yang dijarum di bahagian tangan. Hari ini, mama mengadu sakit dada di awal pagi, saya memintanya supaya tarik nafas sedalam mungkin untuk mengurangkan kesakitan. Dalam hati, saya berfikir kemungkinan peparu mama mula kurang berfungsi. Di awal pagi juga, mama ada makan sedikit nasi goreng. Melihat mama memakan sebarang makanan, walau sesuap pun, mampu melegakan hati saya. At least ada sesuatu yang masuk ke dalam perutnya.

Pada malamnya, adik-adiknya Jolin dan Laujina tidur bersama-sama dengan mama di biliknya. Keadaan mama agak ok. Sekurang-kurangnya dia boleh melupakan seketika kesakitan yang dia lalui. Sekurang-kurangnya, gurau senda mereka adik-beradik mampu melupakan seketika kesengsaraan yang mama lalui.

12/12/2010
Awal pagi , agak2 4.00 pagi, mama makan bubur. Keadaan mama hari ini juga agak baik. Tidak mengadu sakit-sakit walau mana- mana bahagian.

13/12/2010
Hari ini genap hari ke 4 mama dalam keadaan baik. Di awal pagi , mama ada makan mee hun bungkus. Makan nasi ayam untuk lunch. Walaupun mama mengadu sedikit sakit-sakit otot terutama di bahagian kaki (betis dan paha) serta di bahagian pinggul, namun keadaan masih terkawal. Dos Taheebo dan B17 juga genap sepanjang hari ini. Sebelah petangnya, mama makan mee hun bungkus, walaupun agak sedikit.

14/12/2010
Hari ini, masuk hari ke 5 mama dalam keadaan baik. Ada makan nasi keras dan ikan.

Malamnya, sekitar jam 8.00 malam, mama Monggorok (adiknya), dan mama Ampalad (adik tirinya) bersama menantu mereka orang Terengganu datang melawat mama. Mama masih mengalami batuk, tetapi agak terkawal.

15/12/2010
Keadaan mama agak lemah hari ini. Walau bagaimanapun mama masih boleh habiskan makanan Nantung (ambuyat) 1 mangkuk besar. Pn Misah dari Palliatif datang melawat mama, Mama mengadu sakit separuh badan.

16/12/2010
Mama semakin lemah dan lemas. Asyik mengadu sakit separuh badan. Tidak makan dan hanya minum sedikit air. Warna air kencing juga mula berubah warna kekuningan-perang. Mama asyik baring di katilnya dalam keadaan lemas.

17/12/2010
Hari ini, untuk duduk pun mama tidak mampu. Asyik terbaring dan kerap batuk. Hanya 3 sudu bubur nasi yang sempat untuk disuapkan. 3 sudu mee hun, itu pun disuapkan dalam keadaan baring. Memandangkan mama asyik mengeluh kesakitan, saya membrani untuk onn kan Morphine, kerana tidak tahan tengok mama kesakitan. Sukatan Morphine Hci; 2.5ml selang 4 jam.

20/12/2010
Staff Palliatif datang lagi untuk melawat, cadangkan agar alat saluran kencing dibuka kerana ada leaking. Saya juga memaklumkan mereka, bahawa seperti ada sesuatu di bahagian anus. (saya jangkana buasir).

21/12/2010
Palliatif datang algi untuk hantar katil, ring pad dan tilam angin. Mereka mengambil gambar anus, untuk di rujukkan kepada doktor mereka.

22/12/2010
Doktor Joseph datang melawat. Dr. mengesahkan keadaan anus mama hanyalah mukosa dan boleh dilegakan kesakitan dengan menggunakan krim Lignocaine Steril Gel. Dr. brief saya mengenai decision untuk memberikan pesakit Morphine. Katanya, adalah satu keperluan untuk memberikan Morphine setiap 4 jam dengan dos 2.5 ml. Jika tidak, pesakit akan sengsara menanggung sakitnya.


Demikianlah antara catitan dairy saya ketika memantau keadaan mama. 

Kepada sesiapa sahaja yang terlibat sama ada  secara langsung atau tidak langsung berkongsi sama masalah kami, saya bagi pihak adik-beradik saya, ucapkan terimakasih yang tidak terhingga, hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas budi kalian.

Kepada adik beradik saya...Waling, Phet, Mouna, Volin dan Nonita.....Perjuangan itu adalah pengorbanan kita bersama, walau kita duduk di bawah bumbung yang berasingan. Kekuatan kita adalah kesepakatan. Memori itu akan terus mengiringi kehidupan kita, tidak mungkin dapat dilupakan. We are blessed family.

Mama dengan keluarga anak-anaknya.

Mama pergi buat selama-lamanya pada hari pertama Tahun Baru Cina 2011 (3/2/2011). May her soul Rest In Peace. Mungkin inilah tarikh keramat yang mama pilih untuk meninggalkan kami, memandangkan sebelum ini pun mama beria-ia sangat mengetahui tarikh 1hb Cina. Dan ia dibuktikan dengan tarikh ini.

Memori itu Kekal Abadi. 

This photo taken on 25 Dec 2010 while celebrating Christmas and full moon for my 3rd daughter.



No comments:

Post a Comment