Monday, May 6, 2013

Alamak....Kerani Pengundian

Pilihanraya ke -13 baru sahaja selesai. Tahniah kepada calon-calon yang telah diberikan mandat sepenuhnya oleh rakyat, dengan harapan agar bakal YB YB ini akan terus berkhidmat untuk rakyat dengan telus, cekap, bersih dan amanah. Perjalanan pilihanraya di Sabah bolehlah dikatakan baik dan lancar. Tidak ada dilaporkan insiden-insiden provokasi atau kekacauan yang tidak diingini berlaku.

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang menggangu perasaan saya apabila ada pengundi yang mengadu,  kerani pengundian meminta mereka untuk mendapatkan kertas slip SPR dibahagian Kerani Semakan Daftar Pemilih.

Sebagai kerani pengundian yang berpengalaman, perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Insiden yang berlaku di pusat pengundian ini (tempat saya bertugas PRU13), amatlah dikesali. Menjadi kebiasaan para pengundi untuk membuat semakan daftar pemilih mereka sama ada melalui laman rasmi SPR, SPR SMS, atau melalui parti-parti politik yang menyediakan perkhidmatan semakan daftar pemilih, sebelum hari pengundian berlangsung. Tindakan ini dilakukan supaya pengundi dapat menjimatkan masa ketika berada di pusat pembuangan undi.

Hakikatnya, sebagai kerani pengundian, cukup memadai pengundi menunjukkan kad pengenalannya apabila berada didalam bilik pembuangan undi, asalkan dia telah mengetahui pusat pengundian dan saluran pembuangan undinya. Sebarang slip daftar pemilih hanyalah sekadar inisiatif untuk memudahkan tugas kerani pengundian dan bukan sesuatu diwajibkan sehinggakan sampai mengarahkan pengundi untuk keluar mendapatkan slip SPR dari kerani penyemak daftar pemilih.

Saya bersimpati dengan beberapa pengundi yang menjadi mangsa tindakan tidak bijak sesetengah kerani pengundian ini. Tindakan seumpama ini menyusahkan para pengundi yang mana telah beratur dalam barisan yang panjang tetapi akhirnya diminta untuk mendapatkan kertas slip SPR dibahagian Kerani Semakan Daftar Pemilih. 

Akhir sekali, diharap pihak pengurus pilihanraya melatih kerani pengundian sebaik-baiknya agar insiden seumpama ini tidak berulang di masa-masa kan datang.

3 comments:

  1. Entri yg sgt menarik....Memang tidak boleh diharap....kalau cmnila sikap mereka tidak mustahil BN boleh menang..dgn cara yg tidak halal lagi...benar2 tidak adil...mudah-mudahan satu hari nanti pasti Tuhan akan tunjukkan kebenarannya....sabar sajala n tunggu 5 thn akan datang utk PRU14....hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo di buat analisis....istilah "Ni kalilah" dan "Ubah" itu pasti akan tercapai andai pertarungan hanya antara One VS One sahaja. Tetapi itulah hakikat di Sabah...semua orang mau berdiri....mungkin bosan sudah mau duduk he he he

      Delete
    2. iya kan...betul juga tu...sy pun berpendapat begitu juga....

      Delete