Selamat Ulangtahun Perkhawinan ke 18 Tahun....
Aug 2004 -Aug 2022
Majlis Pertunangan : 20 Januari 2001 selepas beberapa kali ditunda (menghormati pantang larang KDM).........sepatutnya 20 Januari 2000....tarikh ini masih terpatri pada cincin tunang ku.
Jumlah Hantaran: "RAHSIA BESAR KERAJAAN"😆😆😆
07 August 2004: Sacrament Perkhawinan Di Gereja Katolik St. Edmund Kota Belud.....Resepsi di pihak Perempuan...Kg. Tambulion Ulu Kota Belud
Celebrant by, Rev. Fr. Marcellinus Pongking
08 August 2004: Resepsi di pihak Lelaki...Kg. Minintod Penampang
Saksi Sacrament Pengantin Lelaki: Mr. Aloysius Thadius
Saksi Sacrament Pengantin Perempuan: Mdm. Dudih Binti Gotit
Pengapit Lelaki: Mr. Herry Anggon
Pengapit Perempuan: Miss Winnie Jarius
Panggilan manja pasangan: Oiii😜😜😜
Huh....Pejam celik pejam celik usia perkhawinan sudah pun mencecah 18 tahun. Anak sulung sudahpun berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan terpenting peringkat sekolah menengah tahun ini 2022....SPM. Saya tau...ada rakan-rakan lain yang sebaya saya, yang jauh lebih dulu melalui fasa kehidupan di tahap ini. Namun pengalaman hidup itu pasti berbeza.
Sempena ulangtahun perkhawinan kami yang ke 18 tahun, saya ingin berkongsi perjalanan hidup berumahtangga.....bukan untuk membuka pekung.....tapi sekadar untuk berkongsi pengalaman hidup sebagai suami isteri...
Saya mulakan kronologi sejak cintan cintun ha ha ......
Pertemuan dan pengenalan......hanya seminggu.....di tempat bertugas.....menjawat jawatan yang sama ketika itu....tentunya saya senior 3 tahun. Saya terima....Jodoh di tangan Tuhan. Walaupun pada masa itu kami masing masing ada orang lain.....tapi....entah mengapa....hati kami terpaut.....kata orang, cinta itu dari mata turun ke hati.....cinta pandang pertama cukup kuat......genap sebulan sahaja.....kami sudah mengikat janji. Mungkin ini yang dikatakan...kalau sudah sampai jodoh, akan terus jadi. Ironinya, kami masing masing melepaskan insan lain yang sudah pun dikenali dan bertaktha lebih lama. Itulah permulaan janji yang mengheret kami hingga ke alam perkhawinan. Saya pasti rakan-rakan sepejabat masih memorise cerita cintan cintun kami.....jadi buah mulut mereka ketika itu.......walaupun kami cuba sedaya upaya untuk menafikan ha ha ha....Kami sebumbung sejawatan hanya dalam tempoh setahun sahaja....dia mendapat peluang kerjaya di jabatan lain pula.
Bah...cerita alam perkhawinan pula....sehingga kini 2022, kami telahpun dikurniakan seramai 5 orang anak yang berusia antara 3 hingga 17 tahun.. 4 perempuan yang comel-comel dan hanya seorang lelaki - bongsu, yang pastinya tampan macam daddy dia nanti ha ha. Terus terang....sepatutnya sudah 7 orang....tetapi nasib kurang baik....keguguran pada tahun 2015 dan 2017. Saya redha.....saya memang mengimpikan ramai anak. Kalau boleh...tiap tiap tahun ada ha ha ha.....
Secara jujur......TANGGUNGJAWAB sebagai suami dan isteri itu SANGAT penting. Bohonglah kalo saya katakan kami tidak pernah bergaduh. Banyak perkara yang perlu dihadapi bersama. Soal kewangan dan hal hal penjagaan anak menjadi isu utama. Kalo dua perkara ini tidak mampu diuruskan...boleh membawa padah. Kadang kadang perkara remeh boleh bawa perselisihan faham. Apa lagi kalo ego menguasai diri. Saya mengambil masa beberapa tahun untuk menghadam makna perkhawinan. Sehinggakan saya merasakan perkhawinan ini adalah satu proses perkenalan seumur hidup. Saya merasakan kita tidak mungkin mengenali pasangan kita 100%. Perkara paling besar yang saya cuba hadam dalam hubungan kami ialah MENERIMA KELEMAHAN PASANGAN. Memang banyak karekter yang baik....tapi biasalah....satu kesilapan akan jadi ukuran untuk memberi imej yang menyeluruh.
Persamaan dan perbezaan karekter .....saya cukup bertuah kerana dianugerahkan pasangan yang cukup humble.....lemah lembut.....sepanjang 18 tahun tidak pernah meninggikan suara terhadap suaminya. Hormat pada suami. Tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang kesat. Kekurangan isteri??? Mesti ada. Biarlah suami saja yang tau. Berbeza dengan saya.....too sensitive....cepat marah....pernah meninggikan suara.....malah pernah menengking....merasakan Im The Boss. Ada perkara yang paling sukar untuk saya terima.......#*#@*#*tulah kekurangan tu. Tapi Biarlah Rahsia. Sehingga sekarang saya masih belajar dan terpaksa menerima karekter itu. Itulah mungkin karekter yang Tuhan jodohkan dengan saya supaya kami SALING MELENGKAPI antara satu sama lain. Mungkin tidak keterlaluan kalo saya katakan.......dia pun bertuah mendapat suami seperti saya. Saya seorang yang cukup bertanggungjawab. Tidak merokok. Bukan peminum dan pemabuk. Bukan kaki gaduh. Im serious. Saya tau karekter saya ha ha ha.....Hanya 1 dalam 10 mungkin lah ha ha. Pasti karekter idaman isteri-isteri di luar sana kah kah kah. Seriusly....karektor saya yang baik, biarlah isteri dan anak-anak saya yang menilainya. Itulah Kami. Suami isteri yang telah pun melayari bahtera rumahtangga selama 18 tahun setakat ini.
Saling Percaya. TRUST your spouse. Bila kita percaya pada pasangan kita....nescaya kita lebih aman. Tetapi kalo kita asyik meragui pasangan kita...ini akan menjadi titik pertelingkahan, yang mungkin boleh membawa padah. Bagi saya, selagi suami atau isteri tidak mengabaikan tanggungjawab dia kepada pasangan dan anak anak...selagi itu tiada alasan untuk meraguinya. Sesekali minggling around dengan kawan masing-masing pun ada keperluannya. Tetapi perlu ada batasnya. At least kita masih ada dunia luar....."ME TIME" itu pun ada keperluannya......tapi priority tetap pada keluarga.
Dark side of our life. Its so subjective. Tidak perlu membebankan minda dengan hal hal yang hanya mungkin satu andaian. Let go all the nonsense. Kadang kadang kita dikhabarkan dengan cerita-cerita di media sosial....akibat keterlaluan mengikuti media sosial masa kini seperti facebook...Instagram.....tiktok dan sebagainya....kita terpengaruh untuk mencari sudut gelap pasangan kita. Kadang-kadang kita mendengar desas-desus mengenai pasangan kita dari mulut orang lain. Letakkan penilaian pada tahap kematangan yang paling tinggi. Jika kita sentap, semua ini akan menjadi faktor perbalahan yang boleh membawa padah. Biarlah Tuhan sahaja yang mengetahuinya.
Harapan saya kepada pasangan diluar sana......pegang TANGGUNGJAWAB anda sebagai suami dan isteri. Aplikasikan nilai-nilai kemanusiaan agama kita dalam kehidupan seharian. "Kasihilah sesama mu manusia, sebagaimana Bapa mengasihi kamu". Kena sentiasa ingat JANJI KHAWIN di hadapan TUHAN. Terima seadanya kelemahan pasangan kita. Sayangi anak anak. Do Not Spoiled Your Kids With Your Love. Kalo boleh...elakkan meninggikan suara...ELAKKAN menengking. JANGAN sekali kali melibatkan kekerasan fizikal. Lelaki memang egonya tinggi. walaupun bukan semua. Isteri harus belajar merendahkan diri. Belajar menerima suami sebagai ketua keluarga. Itulah dasar kewujudan lelaki dan wanita. Kalo suami itu tidak bertanggungjawab, pandai pandai lah isteri menilai had dan sempadannya. Hal-hal keluarga adalah hal suami, isteri dan anak-anak SAHAJA. Kalo boleh jangan libatkan orang luar. Terus terang....saya takut kepada PERCERAIAN....palis-palis..... Saya juga membesar dalam rumah tangga yang porak peranda....mendiang bapa mama bercakaran.....sehinggalah perceraian terjadi ketika usia saya baru 10 tahun. Kesian anak-anak jadi mangsa. Mungkin kesedihan tidak nampak di wajah diorang. Yang pasti saya telah melalui pengalaman ini. Sehingga sekarang kesannya sangat mendalam. Saya hanya boleh berdoa....agar semua itu dijauhkan dalam kehidupan kita. Hati saya berbisik berdoa.....Tuhan tolong hancurkan keEGOan dalam diri saya...agar saya boleh mengharungi cabaran dalam rumahtangga saya. Saranan terakhir saya untuk semua pasangan suami isteri diluar sana......SAYANGI KELUARGA kita bukan dengan perkataan.....tetapi melalui tindakan. Mother Teressa said....."What can we do to promote PEACE, go home and LOVE your FAMILY" Senyum selalu...as Mother Teressa said "PEACE begin with a SMILE".
Semoga perkongsian ini membawa manfaat kita bersama. Sayangi Keluarga untuk masa depan generasi kita. SHALLOM
Sekali lagi Selamat Ulang Tahun Perkhawinan untuk isteri Meirry Binti Buntihal dan anak -anak ku, Ara, Eva, Nana, Odi dan Aaron. LOVE you all.



