Thursday, November 13, 2014

Destinasiku Viet Nam...

Tanggal yang dinanti nanti 31hb Okt 2014 akhirnya tiba juga. Dengan kos penerbangan jimat Airasia  pergi balik KUL-SGN/BKI-KUL memampukan perjalanan ini direalisasikan.

Dengan rombongan yang dianggotai 7 orang peserta (Myself, Damsul, Herry, Lim, Phetlyn, Patma dan Faridah), kami pun terbanglah ke Vietnam dengan pelbagai gambaran yang telahpun bermain dalam minda masing masing. Kami cuba memanfaatkan pakej pelancongan 4D 3N iaitu dari 31hb Oktober hingga 03hb November 2014 yang ditawarkan oleh Vietnam Lotus Travel Agen.

Perjalanan ke Ho Chi Minh City dari Kuala Lumpur mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jangan keliru ya..sebab masa yang tertera dalam boarding pass menunjukkan masa perjalanan hanya 1 jam sahaja, tetapi sebenarnya ia mengambil masa 2 jam dan 5 limit, kerana masa ketibaan yang tertera dalam boarding pass adalah merujuk kepada masa tempatan Ho Chi Minh iaitu lebih awal 1 jam dari masa Malaysia.

Sesampai di Ho Chi Minh, kami disambut oleh pemandu Travel Agen yang telahpun kami lantik sebelumnya iaitu Lotus Travel Co.Ltd. Mengenali Miss Khahn sebagai sales personelnya, membuatkan segala urusan dengan travel agen ini menjadi mudah disamping pakej perjalanan yang agak menjimatkan dan mudah untuk perundingan harga.

Bersama Sales Personel Lotus Travel Agen Miss Khanh: 3 dari kiri
Than Truong Hotel yang telahpun ditempah oleh travel agen untuk kami hanya mengambil masa perjalanan lebih kurang 20 minit dari lapangan terbang. Sesampai saja dihotel, Miss Khahn dengan senyuman mesranya menyambut ketibaan kami. Menjadi polisi hotel di sini, passport akan disimpan oleh pihak hotel selama kita menginap di hotel tersebut. Selepas briefing dan beramah mesra, Miss Khanh membantu kami untuk mendapatkan Sim Kad Vietnam yang berharga VDN120000 untuk kegunaan perhubungan rombongan kami disana. Bolehlah sekadar penggunaan internet dan watsup selama 3 malam kami disana.

Hari pertama adalah acara bebas, iaitu tidak terikat dengan program travel agen....makanya , kamipun merayaplah ke Pasar Ben Tanh (CUA DONG) yang jauhnya hanya 3 minit berjalan kaki dari hotel. Sepanjang perjalanan dari hotel menuju ke Ben Tanh Market, kelihatan  restoran makanan yang dikendalikan oleh masyarakat muslim seperti Restoran Muslim Basiro, dan tidak ketinggalan juga Restoran 1 Malaysia yang dikatakan diusahakan oleh rakyat Malaysia yang berasal dari Negeri Sembilan. Pendek kata , di kawasan ini tidak timbul masalah untuk mencari makanan halal. Rata rata pelayan dalam restoran ini boleh berbahasa melayu (difahamkan dari rumpun melayu campa).
Restoran muslim berhampiran hotel

Sempat juga kami meninjau ninjau keadaan pasar malam di sekitar pasar Ben Tanh ni. Keadaan trafic yang begitu sibuk pada malamnya sedikit menggangu perhatian ku...apa tidaknya...hala tuju kebanyakan kenderaan motorsikal yang begitu banyak, seolah olah mencipta laluannya sendiri tanpa berpandukan kepada arah sebenar lalulintas.

01/11/2014 - City Tour Ho Chi Minh.
Selepas bersarapan di hotel, lebih kurang jam 8.30 pagi masa Vietnam, kami bertolak untuk menjelajah bandar Ho Chi Minh. Mr.Tony atau Mr.Khai (panggilan yang digemari oleh rakan ku Herry), lantas sahaja memulakan briefing tournya kepada kami.
Mr.Tony Tour Guide
Panjang lebar juga penjelasannya mengenai sejarah Vietnam sejak bermula perang sehinggalah Vietnam yang baru sahaja membuka ruang pelancongannya kepada pelancong asing. Menurut Mr.Tony, anggaran populasi penduduk Vietnam adalah 90 juta...dan di HCM sahaja dianggarkan melebihi 10 juta penduduk. Tidak hairanlah apabila jelas kelihatan jurang ekonomi dikalangan penduduknya.

Destinasi pertama dalam city tour ialah War Remnant Museum.

 Muzium ini banyak menyimpan sejarah peperangan Vietnam yang sehingga kini masih menghantui sesetengah masyarakat Vietnam. Kesan dasyatnya masih kelihatan dengan wujudnya komunity yang dipanggil komuniti Agent Orange.
Komunity Orange ini adalah satu keadaan dimana terbentuknya abnormality dalam pertumbuhan fizikal.
Komuniti Agent Orange
Dan keadaan ini telah menjadi warisan sebahagian masyarakat yang telah terdedah secara langsung penggunaan semburan bahan kimia merbahaya yang dikenali sebagai TCDD Dioxin semasa peperangan dengan US iaitu sekitar tahun 1961-1971. Ayuh kita tinggalkan sejarah peperangan Vietnam yang menyedihkan.....



The planner and the manager he he he
Komuniti Agent Orange

City Tour diteruskan ke Hard Rock Cafe HCM....atas permintaan salah seorang peserta...maklum ajalah peminat tegar pakaian Hard Rock he he he...Tidak jauh dari cafe ini...Mr. Tony membawa kami berjalan kaki ke salah satu tinggalan penjajahan Perancis iaitu The Notre Dame Cathedral.
Gereja tertua dan terbesar di tengah tengah bandar HCM yang memaparkan senibina bangunan lama Perancis. Sememangnya indah sekali untuk dipandang....bersebelahan dengan gereja ini, berdiri bangunan General Post Office yang juga menghidangkan senibina bangunan Perancis. Setelah memahat kenangan lewat lensa kamera, kami meneruskan perjalanan untuk makan tengahari......halal food so expensive...it can cost you around VND60000 -VDN190000 per menu...agak agak RM10-RM30 satu menu. Menurut mereka...bahan bahan halal food agak mahal kosnya....terimbas kembali kata kata Miss Khanh yang menasihatkan saya agar mengambil pakej tour beserta mealnya kerana ia lebih murah jika melalui pakej travel agen....
Minumannya pula...untuk hot drink seperti milo, cofee, lycee agak mahal berbanding minuman tin seperti cocola....hot drink boleh mencecah VDN55000 (RM9) berbanding minuman tin yang hanya berharga VDN25000 (RM4). Tak apelah...ini semua gara gara tak endahkan nasihat tour manager kami. Anyway...ini semua  pengalaman yang berharga untuk dikongsi. Setelah mengalas perut, kami dibawa pula melawat bangunan bersejarah Reunification Palace. Bangunan ini merupakan istana presiden US semasa pendudukannya ke atas Vietnam. Disinilah urusan pentadbiran dipusatkan termasuklah aliran keluar masuk kewangan yang digunakan untuk pembangunan.

Sebelah petangnya pula...kami dibawa melawat kawasan China Town.
Kami terus saja ke Bin Tay Market dimana pusat perniagaan tertumpu di kawasan ini. Disinilah para peserta wanita kami rambang mata melihat kain kain cantik yang disajikan oleh peniaga yang rata ratanya boleh berbahasa melayu.

Perkhidmatan menjahit siap sehari, juga ditawarkan di pasar ini. Kain bersulam dan  kain siap berlabuci yang dikatakan agak murah, berlambak dijual dipasar ini. Saya tidak pasti berapakah agaknya jarak pasar ini dari hotel kami memandangkan perjalanan kami diatur oleh travel agen. Lebih kurang 1 jam setengah kami berada di pasar ini, setelah kakak kakak kami berhempas pulas dengan adegan tawar menawar mereka untuk mendapatkan kain dengan harga yang paling murah.
Notre Dame Cathedral


General Post Office
 Lebih kurang jam 5.00 petang, kami meneruskan perjalanan balik ke hotel. Dalam perjalanan, Mr Tony membawa kami singgah sebentar di Thien Hau Pagoda. Temple ini dikatakan yang tertua sekali di Vietnam. Menjadi tumpuan penganut buddha bukan sahaja orang tempatan tetapi juga penganut dari luar negara.
Bin Tay Market China Town

Dalam keletihan sehari suntuk menjelajah bandar Ho Chi Minh, terhibur pula dengan karekter rakan kami Patma yang siap menceriakan keadaan kami di dalam perut Van. Gelagat pemandu pemandu motor di jalan raya sempat menggamit perhatian  Patma untuk dijadikan bahan gurauan. Sekurang kurangnya, sekali sekala terburai gelak ketawa rombongan kami gara gara bahasa yang digunakan oleh Patma.

Pada malamnya....Saya, Miss Lim, Damsul dan kakak ku Phetlyn, pergi menonton AO Show di Opera House. AO Show ini adalah satu pertunjukan pentas yang hebat memaparkan persembahan phantomen acrobatik oleh muda mudi Vietnam yang cukup terlatih. Tiketnya agak lumayan VDN788000 (RM129) seorang.
Opera House

Tetapi ia agak berbaloi dengan kepuasan menonton persembahan ini. Pendapat peribadi saya...persembahan ini bertaraf antarabangsa, para pemainnya benar benar energertic.
Setiap kali scene berakhir, akan kedengaran tepukan gemuruh dari para penonton walaupun persembahan masih berjalan.


Satu kesilapan dalam pembelian tiket....saya terlupa mendapatkan tiket ini melalui travel agen kami yang kononnya boleh diperolehi dengan harga yang lebih rendah, kerana setiap travel agen ditawarkan diskaun yang tinggi. Pembelian tiket telah kami lakukan semasa melawat Post Office Building hanya melalui tour guide kami.


02/11/2014 - Cu Chi Tunnel Tour
Seawal 8.00 pagi masa Vietnam, kami memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Cu Chi Tunnel. Kawasan ini terletak di daerah Khu Chi yang jauhnya 60km ke arah Barat Laut bandar HCM. Ia memakan masa perjalanan lebih kurang 1 jam dari hotel penginapan. Kawasan ini dikatakan sebahagian kecil dari terowong bawah tanah yang berkeluasan "panjang terowong" 200km yang terkenal didunia. Kawasan ini adalah tempat persembunyian askar Vietnam yang dipanggil Vitong semasa perang Vietnam. Keluasan terowongnya adalah antara 0.4 hinggal 1meter lebarnya, iaitu mampu memuatkan seorang askar untuk merangkak melalui terowong tersebut. walaubagaimanapun, beberapa terowong telah diperbesarkan untuk tujuan pelancongan. Kami diberi peluang untuk melalui terowong yang panjangnya 20meter. Ia bukanlah pengalaman yang menyeronokkan bagi saya....kerana silap sikit boleh berasa panik ketika berada di dalam terutama yang berbadan besar he he he... apa tidaknya...anda terpaksa jalan itik di dalam terowong itu yang mana hanya memuatkan badan anda secara duduk mencangkung dalam keadaan kurangnya oksigen......



Tidak dinafikan...pengalaman ini boleh jadi pengalaman buruk dan juga pengalaman manis seumur hidup...Ada beberapa peraturan yang perlu difahami dan dipatuhi sebelum masuk kedalam terowong ini....paling penting...anda mestilah sihat...bebas dari darah tinggi, bebas dari penyakit ashma dan tidak takut kepada keadaan gelap. Mengikut arahan pemandu terowongnya juga perkara yang mesti dipatuhi. Selain dari terowong ini...kami juga diberi peluang untuk mencuba menggunakan senjata AK47, senjata yang pernah digunakan oleh askar Vitong. Atas ehsan Damsul dan Herry untuk membeli peluru yang dijual VDN35000 bagi sebutir peluru...kesemua peserta kami berpeluang membuat tembakan sekurang kurang satu das tembakan kerana pembelian peluru adalah secara set iaitu satu set bersamaan 10 biji peluru.
Kami meninggalkan Cu Chi tunnel untuk memulakan perjalanan balik ke hotel kira kira 2.30 petang dan terus ke pasar CUA DONG (Pasar Ben Tanh) untuk bershopping. Masing masing dengan jalannya untuk pembelian barang barang yang bakal dibawah pulang keesokan harinya...



Tips Pelancongan ke Vietnam.

Ada baiknya dapatkan agen pelancongan untuk perjalanan pertama kali ke Vietnam. Dan untuk ini..saya cadangkan VN. Lotus Travel Agen Co.Ltd yang diterajui oleh Miss Khann. Seorang yang ramah pelanggan, mudah berurusan, dan menawarkan pakej pakej yang murah dan bersesuaian dengan pelancong muslim. Sabar dengan karenah pelancongnya, sedia membantu dan sentiasa menghubungi pelanggannya untuk bertanyakan status perjalanan. Miss Khanh boleh dihubungi melalui watsup di talian +84905958514...dan untuk pakej pelancongan yang kami pilih ini untuk 4D 3N ini hanyalah berharga RM382/pax (Private Tour) termasuklah hotel 3 bintang, transportation, pickup from and to airport-hotel, entrence fee, transportation City Tour and Cu Chi Tunnel Tour and a very informative Tour Guide....murah aje...not include meal.. Miss Khanh juga menawarkan pakej pelancongan Join Tour yang lebih murah. So, bolehlah hubungi Miss Khanh di talian tersebut untuk mendapatkan pakej yang menjimatkan...atau melayari laman webnya http://www.vietnamtourslotus.com/tours...

Perjalanan yang dikendalikan oleh Travel Agen lebih teratur dan dapat menjimatkan masa berbanding perjalanan yang diatur sendiri. Tambahan pula, lebih banyak informasi yang diperolehi melalui interaksi dengan tour guide anda.


Tips Bershopping.

Rasanya nasihat yang paling berguna adalah.....tawar menawar sangat diutamakan ketika membuat pembelian barangan. Adalah lebih baik jelajahi dahulu setiap kedai termasuklah setiap gerai di dalam Pasar Ben Tahn (CUA DONG) dan juga gerai gerai di pasar malam. Ini adalah kerana...terdapat beza harga yang berlipat kali gandanya antara gerai terutama di dalam pasar Ben Tahn berbanding harga di pasar malam. Ada barangan yanga jauh lebih murah di kawasan pasar malam setelah sessi tawar menawar berbanding gerai gerai di dalam pasar Ben Tahn...dan begitu juga sebaliknya. Sebagai contoh...souviner magnet di dalam gerai pasar Ben Tahn boleh ditawar sehingga VDN5000 sekeping berbanding di pasar malam yang harga terendahnya VDN55000. Bayangkan betapa jauhnya beza harga ini kan....Jadi pengalaman berguna untuk dikongsi.....servey dulu harga barangan di dalam pasar bangunan dan di pasar malam sebelum membuat pembelian.

Satu lagi informasi yang berguna untuk dikongsi... Untuk penukaran mata wang RM ke Dong Vietnam....adalah lebih baik buat tukaran wang di Vietnam kerana nilai yang ditawarkan lebih tinggi berbanding di Malaysia. Pada masa perjalanan kami, nilai RM/VDN di Malaysia paling tinggi pun bernilai RM1=VDN6200...tetapi di Vietnam RM1=VDN6450. Rata rata peniaga tidak segan menerima RM kerana nilainya tinggi pada Dong Vietnam.








Wednesday, July 23, 2014

Konflik Israel-Palestin dari sudut pandang Katolik

Konflik Israel-Palestin dari sudut pandang Katolik

 JULY 21, 2014 
Konflik Israel-Palestin dari sudut pandang Katolik
Konflik antara Israel dan Palestin adalah satu konflik antarabangsa.
Justeru itu ia perlu ditelusuri dengan dalam daripada pelbagai aspek agama, bangsa, geo-politik serta sejarah yang berusia beribu-ribu tahun.
Jika dinilai daripada satu sudut, maka prejudis serta kebencian emosi akan menjadi-jadi.
Malah di Malaysia, saya risau melihat kebencian umat Islam terhadap Israel lebih bersifat agama yang diluahkan secara sempit. Saya agak kurang bersetuju kerana gerakan keganasan yang berlaku di Israel didalangi oleh gerakan politik Zionis dan bukannya kesemua umat Yahudi. Jadi ianya tidak adil jika kesalahan itu diletakan pada sesuatu agama atau bangsa.
Apa yang juga jelas, tetapi dilupakan di Malaysia, adalah realiti bahawa ramai Kristian juga antara mangsa di Palestin. Masyarakat Kristian Palestin antara minoriti yang juga dihalau dari tanah mereka akibat kekejaman dasar penindasan rejim zionis.
Malah golongan Kristian yang terikat dengan konflik ini terdiri daripada banyak mazhab: ada yang Katolik Barat, ada yang Katolik Timur, Ortodox, Luteran dan sebagainya. Kesemuanya menganggap Yerusalem (Al-Quds) sebagai kota suci dalam sejarah perkembangan kepercayaan agama Kristian.
Di sini rakyat Malaysia mempunyai satu cabaran yang harus disahut dengan nuanza yang kritis: iaitu mengiktiraf keunikan setiap identiti agama yang terbabit dalam konflik Israel-Palestin tanpa terjerat ke dalam sentimen kelompok yang sempit sehingga membawa kepada prejudis yang menjadi-jadi.
Bak kata lain cabarannya ialah dalam memperjuangkan keamanan atas dasar kemanusiaan dan pada waktu yang sama memerlihara hak setiap identiti yang terbabit.
Ini boleh, malah pernah, dilakukan. Contohnya seperti Edward Said, antara cendekiawan dan aktivis termasyhur di dunia. Beliau berlatarbelakang Kristian Palestin, namun bertungkus lumus sepanjang hayatnya untuk memperjuangkan kebebasan Palestin atas dasar kemanusiaan.
Di sini saya ingin menjelaskan sedikit sebanyak sudut pandang Katolik terhadap isu ini, dengan harapan ia boleh meluaskan ruang dialog.
Anda akan lihat perbezaan yang ketara dengan perspektif Muslim dari segi sejarah, tetapi harapan saya ialah persamaan yang ada juga ketara dan penting, dan boleh mengilhamkan landasan untuk perpaduan dan kerjasama lanjut.
Bangsa Israel berdasarkan Alkitab
Dalam Alkitab, nabi Abraham (Ibrahim) mempunyai 2 isteri iaitu Hagar dan Sarah. Melalui Hagar, Ismael (Ismail) dilahirkan dan keturunannya tersebar di kawasan Arab. Sementara itu, Sarah melahirkan Ishak pada usianya yang agak lanjut. Ishak mempunyai dua orang anak yang bernama Esau dan Yakub.
Yakub pula mempunyai keturunan yang besar iaitu 12 anak: Ruben, Simeon, Lewi, Yehuda, Isakhar, Zebulon, Benyamin, Dan, Naftali, Gad, Asyer dan Yusuf. Melalui anak-anak Yakublah, mereka menjadi nenek moyang bagi 12 keturunan suku bangsa Israel.
Sehinggalah kejadian Yusuf dijual kepada rakyat Mesir, dan seluruh keturunan Yakub berpindah ke Mesir. 400 tahun lamanya mereka tinggal aman di Mesir sehingga diperhambakan.
Kemudian muncul Nabi Musa dan nabi Harun yang turut serta dalam misi membebaskan umat Israel daripada perhambaan dan membawa mereka kepada tanah perjanjian mereka seperti yang dijanjikan Tuhan.
Sehingga tahun 1050 SM, umat Israel berkembang dan perlahan-lahan sehingga menguasai seluruh tanah Kanaan (yang kini dikenali Palestina) dan nabi mereka Samuel ketika itu mula melantik Saul sebagai raja atas permintaan umatnya.
Sistem beraja kerajaan Israel diteruskan lagi kepada nabi Daud dan Salomo (Sulaiman) sehingga kerajaan Israel terpecah dua bahagian iaitu kerajaan Israel di bahagian utara dan kerajaan Yehuda di bahagian selatan. Perpecahan yang terjadi kerana perebutan kuasa antara keturunan Raja Salomo. 10 suku pro kerajan Israel manakala 2 suku iaitu suku Benjamin dan suku Yehuda yang merupakan pro kerajaan Yehuda.
Kerajaan Isreal hancur apabila diserang bangsa Assyria pada tahun 722 SM dan keberadaan 10 suku ini sehingga kini masih lagi menjadi misteri. Kerajaan Yehuda pula bertahan sehinggalah di serang oleh kerajaan Babilonia pada tahun 586 menyebabkan mereka diusir daripada Yerusalem. 2 suku (membentuk Yahudi masa kini) iaitu Benjamin dan Yehuda inilah yang terselamat dan bertahan sehingga kini.
Kemudian penguasaan asing beterusan lagi dibawah kekuasaan Raja Persia, Cyprus dan Darius dimana bangsa Israel yang terselamat dibenarkan kembali dan membangunkan kembali Yerusalem.
Penguasaan Alexander the Great turut menyaksikan bangsa Israel masih bertahan di Yerusalem sehingga tahun 165 SM dimana Yudas Makabe melakukan revolusi yang dikenali sebagai Revolusi Makabe yang berakhir berjaya ditahun 163 SM dan Israel menjadi negara merdeka selama 100 tahun.
Kemerdekaan dinikmati singkat kerana bangsa Israel dijajah lagi oleh kerajaan pagan Romawi. Pada tahun 70 AD, majoriti umat Israel diusir lagi daripada Yerusalem sehingga berselerak ke seluruh muka bumi.
Kemudian penguasaan Romawi diganti kerajaan Kristian Byzantium, Tentera Salibi, monarki Arab, Khalifah Turki Uthmaniyah (1517 hingga 1917) dan British sehingga akhirnya tahun 1948 bangsa Yahudi dikumpulkan dan ditempatkan ditanah asal mereka setelah diberi kemerdekaan oleh PBB dan membentuk negara Israel seperti yang dikenali sekarang.
Sejarah Palestin
Palestin mahupun Palestina berasal dari terjemahan Ibrani iaitu Pelesheth; sebutan Yunani menyebut Philistine. Mengikut kajian sejarah, bangsa asal Palestin merupakan para pelaut Eropah yang berasal dari Yunani. Wilayah Gaza dulu bernama Philistia atau rumah para
Setelah umat Israel dijanjikan wilayah Kanaan sebagai tanah perjanjian, wilayah ini merupakan penempatan bangsa asal Palestin ketika itu.
Bangsa asal Palestin di Kota Gath, wilayah Philistia ketika itu terlalu kuat sehinggalah Daud mampu menewaskan Goliat yang dikatakan bertubuh raksasa dan sekaligus menguasai menguasai seluruh tanah Kanaan dan bangsa Palestin serta bangsa-bangsa lain ketika itu sebagaimana yang diceritakan dalam Alkitab Perjanjian Lama.
Saat kerajaan Babilonia menakluki kerajaan Israel, suku bangsa asli Palestin ini akhirnya musnah.
Semasa Israel berada dibawah kerajaan Romawi selepas 100 tahun Revolusi Makabe, Hadrian penguasa Roma saat itu mengabungkan wilayah Samaria, Yudea, Galilea dan Idumea dalam satu propinsi yang disebut Syria Palastina. Hadrian mempunyai niat untuk melenyapkan Israel daripada sejarah. Disaat itu dia sedar bahawa bangsa asli Palestin seperti yang ada dalam Alkitab adalah musuh bangsa Israel, Hadrian sengaja menggunakan nama Palastina untuk menyakiti hati kaum Yahudi.
Pada tahun 330 AD hingga 638 AD Kerajaan Kristian Byzantium menguasai Palastina diikuti pada tahun 638 kerajaan Arab menguasai Palestin selama 461 tahun. Tentera Salibi pada tahun 1099 AD menguasai Palestina dalam kempen Perang Salib tapi pada tahun 1244 AD, monarki Arab kembali mengambil alih Palestina.
Sepanjang tempoh orang Arab memerintah, penghijrahan bangsa Arab ke Palestin telah membentuk suatu entiti baru bagi bangsa Palestin sehingga menjadikan umat Israel yang ada ketika itu sebagai majoriti kecil.
Pada tahun 1517 kerajaan Turki Uthmaniyah menyerang kerajaan Arab dan mengambil alih wilayah Palestina selama lebih dari 400 tahun. Dalam siri penjajahan ini, bangsa Arab Palestin dan Yahudi bersama-sama menjadi korban penjajahan bangsa lain. Pada tahun 1917
British mengalahkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan menguasai Palestina hingga tahun 1948.
Kedudukan Israel dan Palestin dari sudut kaca mata umat Kristian
Negara Israel sekarang masih lagi belum menepati ciri-ciri yang ada dalam Alkitab disebabkan ianya lebih kecil daripada kerajaan Israel semasa raja Daud. Namun, jika disoroti teliti, umat Israel tetap mempunyai hujahnya tersendiri membentuk negara mereka setelah kira-kira 3300 tahun bangsa ini dijajah.
Sepanjang mereka dalam buang, mereka juga tidak dilayan dengan baik di negara-negara asing bahkan ada usaha penghapusan etnik di Jerman dibawah Nazi.
Janji Tuhan sendiri telah berfirman kepada Nabi Musa dalam petikan Alkitab Perjanjian Lama ada menyebut,
“Aku akan menjadikan kamu umat-Ku sendiri, dan Aku akan menjadi Allah kamu. Kamu akan tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah kamu, apabila Aku membebaskan kamu daripada perhambaan di negeri Mesir. Aku akan membawa kamu masuk ke negeri yang telah Aku janjikan dengan sumpah untuk diberikan kepada Abraham, Ishak, dan Yakub. Aku akan memberikan tanah itu kepada kamu sebagai milik kamu sendiri. Akulah TUHAN.”
(Keluaran 6:7-8)
Mewakili komuniti umat Kristian terbesar di dunia, Gereja Katolik memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan baik antara Israel dan Palestin.
Gereja Katolik juga menyokong penuh usaha Palestin dalam membentuk negara merdekanya tersendiri dengan temeterainya perjanjian Inter Sanctam Sedem atque Consilium pro Liberatione Palaestinae (Perjanjian Asas Antara Takhta Suci dengan Organisasi Pembebasan Palestin).
Hubungan Vatikan dengan Israel dan Palestin terjalin sejak tahun 1948.  Gereja menyokong referendum pembentukan 2 negara yang dicadangkan PBB pada tahun 1947, hubungan baik antara agama Yahudi dan Islam, pentadbiran Gereja ke atas komuniti Katolik di Palestin dan Israel, status quo perlindungan terhadap rumah-rumah ibadat ketiga-tiga agama di Yerusalem (Baitulmaqqdis) daripada ancaman serta intimidasi serta segala usaha kemanusiaan dalam mencapai keamanan sejagat bagi Israel dan Palestin.
Kesimpulan
Jadi saya mengajak pembaca untuk berfikir dengan lebih tentang makna sebuah pembentukan keamanan oleh Paus Fransiskus:
“Pembentukan keamanan menyeru kepada ketabahan, yang melebihi daripada peperangan.
Ia merupakan keberanian untuk mengatakan ‘ya’ kepada dialog dan ‘tidak’ kepada keganasan; ‘ya’ kepada rundingan dan ‘tidak’ kepada pertikaian; ‘ya’ kepada kehormatan perjanjian dan ‘tidak’ kepada tindak tanduk provokasi; ‘ya’ kepada kejujuran dan ‘tidak’ kepada talam dua muka. Kesemua ini memerlukan ketabahan, dengan kekuatan serta kesungguhan.”
Memetik kata-kata Pakistan Votes sebagai penutup makalah, “Jikalau kamu tidak bangun menyuarakan bagi penindasan yang dilakukan terhadap Syiah, pembunuhan terancang Ahmadiyah, pengeboman gereja dan pembakaran kuil/tokong, mangsa undang-undang penghinaan agama, rogol serta pembunuhan, dan kesemua yang dibunuh oleh pengganas seperti TTP, ISIS dan Boko Haram dan hanya bersuara untuk Gaza, maka kamu bukanlah pro hak asasi manusia, tetapi hanyalah anti-Israel.”
- See more at: http://www.projekdialog.com/featured/konflik-israel-palestin-dari-sudut-pandang-katolik/#sthash.4ZV1jrDA.dpuf